Monday, December 29, 2014

Cerita Terkini Hafiy Jazmi

Umur Hafiy Jazmi sudah menginjak 10 bulan. Pencapaian terbaik setakat ini boleh duduk dengan sendirinya. Menyulur tak mahu. Gostan ke belakang sahaja. Gigi baru ada 2 batang tapi suka makan. Kalau makan depan dia mesti mulut bising minta suapkan dia juga.

Aktiviti kegemaran di saat bosan bila tiada orang melayan adalah main bayang-bayang. 


Ataupun main dengan cermin mata Abahnya.


Hafiy mesti pay attention kalau bacakan buku untuk dia. Tapi memilih, suruh ibu bacakan buku English. Kalau buku Bahasa Malaysia dia tak berapa excited.


Sesekali, Hafiy akan cuba baca sendiri  *bubbling* sambil keronyokkan buku. Nasib baik buku jenis kain, kalau tidak harus koyak.


Hafiy sekarang sudah pandai duduk sendiri.


Yeay, semoga membesar bagai johan!

2 comments:

CikSiti said...

alah comelnyerrr..rajin baca buku yer..semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yg soleh=)

tiga lalat said...

Salam. Hee chomel anak emak.