Wednesday, December 10, 2014

Hadiah Ciput

Akhir-akhir ini telefon saya sudah jarang berdering. Maknanya tak ada panggilan telefon memaklumkan sebarang kemenangan. Maklumlah saya sangat sibuk di pejabat. Di rumah apatah lagi. Rasa macam tangan dan masa tak cukup. Nak isi borang contest pun kadang-kadang tak sempat walaupun POP sudah ada. Dan sudahnya POP lebur sebab tarikh tutup contest sudah tiba. *nanges*

Redho sajalah. Saya terpaksa utamakan yang mana yang lebih penting. Kalau ada masa baru masuk contest dan kalau menang itu saya anggap bonus untuk saya.

Marilah tengok hadiah ciput yang saya dapat kebelakangan ini. Krim Ellgy dari The Malaysian Women Weakly. Tiba-tiba saja sampai di rumah. Terima kasih. 



Ini hadiah dari peraduan Anugerah Pilihan Popular. Ambil di Popular Sunway Carnival. Hadiahnya adalah kad Popular, voucher RM50 dan buku-buku bernilai RM100. Gambar buku terlupa dan ambil. Buku-buku semua sudah dihantar ke rumah saya di Kulim.


Powerbank Samsung dari peraduan Redbull. Ini kira sangat bernasib baik. Saya sangat bernasib baik sebab hantar 1 penyertaan sahaja dan jawapan juga diberi oleh kawan. Bila tengok nama tersenarai antara pemenang terkejut pun ada juga. Rezeki.


Jam Casio dari peraduan Vico. Kemenangan atas nama saya dan juga Huzein. 1 nama menang sepasang jam untuk lelaki dan wanita. Dapatlah 2 pasang yang sama.


Voucher percutian 3 hari 2 malam di Tok Aman Bali, Kelantan dari Majalah Harmoni. Belum berkesempatan lagi nak pergi. Cuti sekolah bulan 12 memang saya tak ada perancangan untuk bawa anak-anak bercuti. Maybe tahun depan boleh guna voucher ni. 


Itu saja. Harapnya lepas ni telefon tidak diam lagi. Berderinglah sayang.


3 comments:

Ummu Athiyah Ismail said...

wahh..tahniah! banyak nyer dapat hadiah..tumpang gembira nengok nyer :)

Aishah Megahasz said...

Alhamdulilah, terima kasih. Rezeki anak-anak semua ni.

IeRA said...

Salam

Tahniah!!

Jemput follow ye...