Wednesday, December 10, 2014

Hari Ihtifal Khalifah Intelek 2014

Hari Ihtifal Khalifah Intelek pada tahun ini diadakan pada hari Sabtu, 22 November 2014. Macam tahun lepas, program ini diadakan di Dewan ILP, Kepala Batas. Sambutan daripada ibubapa seperti biasa, memang menggalakkan. Ibubapa zaman sekarang memang rajin ikut program anak-anak disekolah. 



Acara dimulakan dengan bacaan doa.


Juga bacaan Al-Quran dan terjemahannya.


Persembahan pertama dari anak-anak tahfiz. Lebih kurang macam coral speaking.


Tuan blog dan budak kecik yang kena paksa bangun awal sebab nak pergi program sekolah abang-abang dan kakak.


Ucapan daripada Pengurus Khalifah Intelek.


Hadif yang duduk di belakang pentang dah sibuk menjenguk keluar. Maybe dah boring tunggu lama sangat.


Persembahan oleh anak-anak 3 & 4 tahun bertemakan Flora dan Fauna.


Comel betul costume yang budak-budak ni pakai.




Cikgu duduk di depan pentas sambil memberi arahan dan menari bersama.


Tu dia, ibu bapa semua sibuklah mengambil gambar. Buat kenangan.



Again, Hadif menjenguk dari belakang pentas. Masa ni dia sedang bersiap sedia untuk acara penyampaian sijil untuk anak-anak 6 tahun. Kira sudah tamat belajar dan tahun depan masuk darjah 1.




Hadif Syahmi dan kawan-kawan. 



Boleh tahan ramai juga pelajar 6 tahun.



Acara diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Tapi saya kurang bertuah.



Persembahan dari anak-anak Pra Tahfiz



Haziq Fahmi bersiap untuk menerima hadiah.



Seterusnya persembahan dari Hana Alesya. Anak-anak 5 tahun buat persembahan Raja Namrud dan tentera nyamuk.




Hadif Syahmi terima hadiah kategori Pelajar Berketrampilan.


Ini antara pelajar yang cemerlang di Khalifah Intelek.


Haziq dan kawan-kawan Pra Tahfiz menyampaikan lagu Al-Haq.


Seriusnya muka Haziq.


Saya dan Hafiy. Alamak, terlindung tak nampak muka Hafiy.


Selepas persembahan Haziq datang join saya dan Huzein di bawah pentas.


Hafiy sudah meragam nak minum susu dan mengantuk masa ni. Muka pun dah tak elok.


Masa Hadif buat persembahan angklung dengan kawan-kawan 6 tahun saya tak tumpu perhatian sangat sebab Hafiy dah start merengek nak susu. Jadi terpaksalah cari tempat sesuai untuk menyusukan dia.




Sebelum balik kami ambil gambar kenangan untuk Hadif. Maklumlah tahun depan sudah naik darjah 1.



Bergambar ramai-ramai. Seperti biasa, susah betul nak dapat gambar perfect.



Sebelum balik, Hadif jumpa dengan cikgu yang baik sangat dengan dia Teacher Shona. Sempatlah ambil gambar bersama.


Tahun depan dah naik darjah lagi. Jadi tak dapatlah nak bermanja lagi dengan Teacher Shona.

No comments: