Friday, December 19, 2014

#makbanyakanak

Lately terasa seperti ada ramai sangat anak, padahal 4 baru orang. Orang lain ada sampai 10 tapi relaks saja. Yang buat saya terasa sangat-sangat masa cuci baju dan lipat baju. Aduh! 

Ini gambar paling terbaru saya dan anak-anak. Masa ni kami keluar membeli barang-barang keperluan sekolah. Nasib baik dapat voucher dari Jusco, dapatlah jimat belanja. Itulah orang tua-tua kata kalau anak ramai, rezeki pun ramai jugalah. 


Bab memasak tak perlu cakap. Nak kata pandai masak, tidak juga. Saya kadang-kadang main hentam juga. Tapi anak-anak makan dan biasanya komen mereka sedap saja.


Dadih antara kegemaran anak-anak. Kalau beli biasanya RM1.20. Kalau bulan puasa RM1.50. Makan satu memang tak cukup. Harus beli seorang 3. Sudahnya saya buat sendiri. Makan sepuas hati. Ibu pun boleh tumpang sekaki.



Ajak anak-anak buat sekali. Masing-masing tak sabar nak makan. Lepas ni nak buat perisa strawberi pula. Hadif siap ajak saya buat jual lagi. Cukuplah jamu anak-anak makan. Tak cukup kudrat nak buat jual.

3 comments:

Zuraida Rahim said...

Memang rasa meriah je suasana dalam rumah dengan gelagat anak-anak yang ramai ni..

AyuArjuna BiGoshh said...

comel anak2 aishah :)

insyaAllah jangan risau tak cukup rezeki dgn adanya ramai anak...anak tu sbnrnya pembuka pintu rezeki...janji kita pun kena berusaha mencari rezeki

CintaHati Lina said...

seronok tgk anak2 ramai...tapi betul..part melipat baju tu sangat betul..saya yang baru anak 2 pun nak melipat tu bagai nak "bercinta" dgn kain2 tu..hihih... apa pun..happy family kan..