Wednesday, December 10, 2014

Meraikan Lelaki Harapan Dunia

Cuti sekolah kali ini saya sudah buat perancangan untuk menyunatkan Haziq dan Hadif. Buat sekali bersama dengan sepupu-sepupu di kampung. Buat ramai-ramai baru rasa meriah sedikit. Sebelum bersunat ada kenduri untuk meraikan semua bakal lelaki harapan dunia ini. 

Siap duduk atas pelamin lagi. Lepas salam dapat duit, itu yang seronok tu. Pertama-tama sekali yang kena salam adalah Atuk. 







Budak-budak ni memang seronok walaupun malu-malu jugalah sebab terpaksa bersanding di atas pelamin.





Ini hadiah kecil untuk orang yang bersalam dengan mereka. Tapi rasanya banyak dihabiskan oleh budak-budak ni juga.


Hafiy seperti biasa makan jari. Hilang comel bila jari dalam mulut.


Hana Alesya nampak laksa saja terus nak makan. 2 mangkuk dia makan.


Pengantin bersama mak pengantin. Saya pun nak merasa bergambar di atas pelamin anganku musnah ini.




Hafiy tak tengok kamera. Asyik terteleng-teleng tengok gelagat abang-abang.



Tetamu yang datang boleh tahan ramai. Rasa meriah dan seronok sebab dapat jumpa saudara-mara. Lagi best makanan pun sedap.


Yang tengah tu mak Nora, biras saya. Orang kuat kenduri.


Layan ayam golek dan kambing bakar memang best. Makan sampai puas.


Acara kemuncak adalah lagu-lagu Qasidah dari pelajar sekolah agama yang dijemput khas. Boleh tahan sedap adik-adik ni berqasidah.




'Peace' dari Hana Alesya.


Hadif sudah menunjukkan tanda-tanda bosan.



Last sekali 'Yahanana'. Yang depan tu lagi kuat berlagu dari abang-abang di belakang.



Bergambar dengan abang-abang yang sudi berqasidah. Sedap suara mereka, lemak berkrim.



Jemputla makan ya.


Anak-anak layan makan aiskrim Malaysia.


Abah anak pun sama.


Haziq berapa kali ulang makan ayam golek.


Hadif dan Uwais.


Bergambar bersama Tokcu.


Seronok bukan main lagi.


Abang-abang pergi makan, budak-budak ni sibuk main gendang dan bergelak ketawa. Menjerit-jerit ibu marah takut rosak barang orang.



Hafiy tengok saja kelakuan abang-abang. Hish.....jangan ditiru ya Hafiy.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Budak-budak ni memang seronok. Belum tahu bersunat tu macamana. Nantikan edisi bersunat. Kita tengok siapa nangis paling kuat.

1 comment:

harrizam said...

Tuuu dia macam kenduri kawin