Friday, May 30, 2014

Mengendong Hafiy Jazmi

Sebenarnya saya sangat teruja bila dapat baby baru, sebab saya boleh start semula babywearing atau mengendong. Yeay! Dah lama rasanya ring sling dan mei tai saya tersimpan rapi.

Ini kali pertama saya mengendong Hafiy Jazmi di luar. Masa ni kami sekeluarga keluar membeli baju raya untuk anak-anak. Hafiy Jazmi tidur nyenyak dan hanya bangun untuk menyusu. Selebihnya dia hanya tidur. Biasalah baby, tidur saja kerjanya. 


Ini masa kami sekeluarga ke Lost World of Tambun. Kebanyakkan masa dia di sini pun banyak dihabiskan dengan tidur.


Tidur sampai ternganga mulut. Nyenyak betul.


Dalam mengendong anak pun sibuk lagi nak berposing. Siap cekak pinggang lagi konon-konon nak tunjuk 'hands free'.


Mudahkan? Anak selesa, ibu pun ceria.


Ops! Muka tak berapa ceria sebab Haziq sudah ambil gambar sebelum sempat saya senyum.

Tak sabar tunggu Hafiy besar sikit sebab saya nak gunakan mei tai pula. Saya sudah cuba-cuba tapi dia tenggelam di dalam mei tai. Minum susu banyak-banyak ya Hafiy, biar cepat besar :D

Rumah Kedua Kami

Banyak entry tertangguh dan masih berstatus draf. Letih betul bila sudah start kerja. Balik rumah nak masak dan uruskan anak-anak lagi.

Dalam pada itu, sibuk juga dengan urusan rumah kedua kami. Kunci baru saja dapat dan sekarang masih dalam proses untuk pasang grill, pasang kipas dan lampu juga besarkan sedikit bahagian dapur. 

Ini bahagian depan rumah. Saya memang suka dengan design rumah ni sebab nampak moden dan cantik.


Ini bahagian di tepi rumah. Ada jugalah tempat untuk anak-anak bermain. Nak main di padang permainan jauh sedikit dari rumah saya. Jangan harap saya nak lepaskan mereka ke sana.




Ruang tamu.


Ini bahagian dapur yang sedang dalam proses untuk dibesarkan sedikit. Bahagian asal memang kecil.



Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Harapnya semua boleh selesai cepat dan kami dapat pindah ke sini sebelum bermulanya puasa.

Monday, May 26, 2014

Rezeki Saya

Selama bercuti 3 bulan saya memang tak dapat tumpukan perhatian kepada contest. Konon-konon duduk di rumah ada banyak masa boleh masuk banyak contest, tapi rasanya duduk di rumah lagi sibuk dengan macam-macam hal. 

Dan dalam tempoh 3 bulan itu, ada juga hadiah yang sampai ke tangan saya walaupun sedikit. 

Produk Safi Balqis dari mana sudah tak ingat. Satu kotak penuh dengan produk kecantikan. 


Produk dari Kinohimitsu. Ini sudah saya beri kepada kawan. Tak berani nak mencuba sebab saya masih lagi menyusukan Hafiy Jazmi.


Minyak wangi Untold Elizabeth Arden dari majalah Glam. Menang atas nama Huzein. Agak lama saya tak menang minyak wangi. Best minyak wangi ni sebab wangi. Eh, nama pun minyak wangi mestilah wangi!


Produk Cosmoderm dari majalah Rapi.


Itu saja. Konon-konon teringin nak memang besar tapi kekangan masa buat saya tak sempat nak tumpukan perhatian pada contest. Jadi kalau 'termenang' tu saya anggap itulah rezeki saya.

Friday, May 23, 2014

Hadif Syahmi Di Usia 6 Tahun

Saya sudah kembali bekerja. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan kelam-kabut, terutamanya waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Kerja di pejabat pun bertimbun. Jadi untuk menghilangkan sedikit kebosanan, mari update blog yang sudah lama bersarang.

Ini cerita lama. Birthday Hadif Syahmi yang ke 6 jatuh pada 20 Februari 2014. Saya bersalin pada 16 Februari 2014. Jadi sambutan hanya diadakan di tadika Hadif. Persediaan semuanya dibuat oleh Huzein. 

Hadif pagi itu bersemangat mengangkat bungkusan jajan untuk diberi kepada kawan-kawan. 


Kek Hadif tahun ini adalah Boboiboy dan kawan-kawan. Entah sedap, entah tidak. Janji gambar kartun. 


Hadif diusia 6 tahun. Kenapa kamu sangat kurus Hadif? Hadif ni sangat susah makan. Dia akan makan kalau dia suka makanan itu ataupun dipaksa makan.


Hadif macam terliur tengok kek yang Cikgu Shona buka. Cikgu Shona adalah satu-satunya guru bukan muslim di tadika Hadif.


Bersedia untuk potong kek dan bagi kawan-kawan makan.



Dia memang baik dengan Cikgu Shona. Siap suap kek lagi.





Bukan main lagi bergambar dengan kek. Macam-macam gaya dibuatnya. Gambar-gambar semua diambil oleh cikgu.





Ini masa makan tengahari. Kalau makan dengan kawan-kawan macam ni baru dia mahu makan. Habis licin pula tu.


Sempat beraksi untuk cikgu dia ambil gambar.




Ini waktu petang, masa solat Asar.



Baca buku Peter & Jane.


Minum petang bersama kawan-kawan.


Sebelum balik, dia beri jajan pada kawan-kawan di tadika.


Alhamdulillah, bab pelajaran Hadif di tadika ini tidaklah saya risau sangat sebab dia memang rajin belajar.



Ini poster di tadika Hadif. Terselit gambar dia di situ.



Semoga Hadif Syahmi menjadi anak yang soleh.

Monday, May 12, 2014

Nama Saya Hafiy Jazmi

Saya masih lagi bercuti. Maklumlah ambil cuti 3 bulan. 19 Mei ini baru saya akan mula bekerja balik dan terpaksa tinggalkan budak kecik di bawah.


Namanya Hafiy Jazmi. Lahir pada 16 Februari 2014 jam 9.09 pagi. Hafiy dilahirkan secara pembedahan, tanpa perancangan sebab kedudukannya yang melintang. Dapat juga saya merasa perut dipotong.

Cuti masih lagi berbaki beberapa hari lagi. Sungguh saya malas nak balik bekerja walaupun menjadi surirumahtangga sepenuh masa kerjanya tak pernah habis! 

Ok, nak pergi sambung kerja!