Wednesday, June 18, 2014

Menyusukan Hafiy Jazmi

Perjalanan saya untuk memberi susu ibu kepada Hafiy Jazmi tidaklah mudah sebagaimana abang-abang dan juga kakaknya. 

Hafiy Jazmi dilahirkan secara pembedahan. Anak-anak saya yang lain dilahirkan secara normal. Saya masih dalam keadaan 'blur' bila diberitahu oleh doktor yang saya perlu dibedah kerana kedudukan baby yang melintang. Tiba-tiba saja saya sudah berada di dalam dewan bedah. Memang saya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk dibedah. 

Selepas dilahirkan, Hafiy ditempatkan di dalam inkubator kerana mengalami masalah pernafasan dan perlu memakai oksigen. Jadi saya terpaksa memerah susu dan menghantar kepadanya di NICU. Selepas saya keluar hospital, Hafiy masih lagi di NICU. Saya berulang setiap hari ke hospital untuk menghantar bekalan susu buat Hafiy. 

Di bawah saya kongsikan gambar Hafiy selepas keluar dari hospital. Masa ini dia baru berusia 9 hari. Saya agak berat hati bawa dia pulang ke rumah dengan tiub di mulut. Risau takut tidak dapat menjaganya dengan baik.




Memandangkan Hafiy minum susu melalui tiub, saya perlu perah susu sentiasa untuk diberi kepadanya. Alhamdulillah, susu memang banyak dan saya tidak memerlukan susu tepung. Susu akan diberi setiap 3 jam sekali. Waktu siang tiada masalah tetapi waktu malam saya terpaksa setkan alarm di telefon. Takut tak terjaga, karang berlapar pula dia di tengah malam.

Saya cuba beri susu kepada Hafiy melalui sringe tapi jumlah yang dia minum sangat sedikit. Itupun termengah-mengah. Saya cuba juga menyusu secara terus tapi dengan gangguan tiub di mulut Hafiy, penyusuan menjadi begitu susah. Ada ketikanya saya rasa sangat 'letih' dan putus asa. Saya memang tak mahu keadaan ini berterusan. Saya mahu menyusukan Hafiy Jazmi!

Itu belum dugaan bagi memastikan abang-abang dan kakak Hafiy tidak memegang atau menarik tiub di mulut Hafiy. Memang stress betul.

Walaupun sudah keluar hospital Hafiy masih lagi perlu berulang ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Bila di hospital, ada saja yang bertanya apa di mulut Hafiy? Kenapa dia pakai tiub? Kadang-kadang macam malas nak layan. Letih menjawab benda yang sama.

Gambar di Hospital Kulim. Sempat bermain-main dengan abahnya semasa menunggu giliran.


Kejadian tidak disangka berlaku apabila tiub terkeluar dengan sendirinya selepas emak saya memandikan Hafiy. Terus saya telefon Huzein. Huzein tanya sama ada nak pergi ke hospital untuk pasang balik tiub atau tidak. Saya dengan tekadnya menjawab tak perlu. Saya akan menyusukan Hafiy Jazmi dan kalau tidak boleh saya akan beri susu dengan sringe.

Kebetulan, keesokan harinya Hafiy ada temujanji dengan doktor. Saya memberitahu doktor yang tiub Hafiy terkeluar dan kalau boleh saya tak mahu Hafiy pakai tiub lagi. Doktor minta saya susukan Hafiy di depannya untuk memastikan Hafiy pandai menyusu (Nasib baik doktor perempuan). Hafiy anak yang sangat baik. Bila saya cuba menyusukan dia, terus dia beri kerjasama dan doktor pun berpuashati. Agaknya tiub tu memang menggangu Hafiy untuk menghisap susu. 

Mulanya berat badan Hafiy naik begitu sedikit. Ini kerana dia baru pandai menyusu dan tidak menyusu banyak. Asyik kena tegur saja dengan nurse pasal berat badan Hafiy. Last-last saya buat kering saja. Sekarang berat badan dia sudah mulai naik banyak. Hafiy pun pandai dia tidak 'confuse' antara menyusu terus dan puting susu botol. Lega betul hati saya. 

Stok susu memang sudah sedia saya buat dari sejak Hafiy lahir lagi. Bila sudah masuk kerja saya perlu lagi rajin pam susu untuk keperluan Hafiy, maklumlah dia sudah minum banyak. Walaupun stok susu tidak banyak tapi buat masa sekarang masih lagi mencukupi. Cuma takut bulan puasa nanti susu merundum. 


Gigih kau, bangun jam 5.30pagi untuk pam susu!


Budak comel yang susah memasuki usia 4 bulan.. Dah tak pakai tiub barulah nampak ceria sikit.


Harapnya perjalanan saya menyusukan Hafiy Jazmi akan lebih mudah selepas ini. Kalau boleh sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Doakan saya dan Hafiy Jazmi.

Tuesday, June 17, 2014

Anak-Anak Saya

4 orang cahayamata saya. Rasa macam tak percaya saya sudah ada 4 orang anak, padahal ibu ni kadang-kadang masih lagi berperangai kebudak-budakan.

Inilah saja harta yang saya ada. Harapnya mereka akan mendoakan saya dan Huzein bila kami sudah tiada nanti. 





Susah betul nak ambil gambar mereka berempat. Memang tak reti duduk diam. Tapi bila tengok gambar ni tersenyum sendiri. Rasa tenang, rasa bahagia.

Terima kasih Allah atas kurniaanMu.

Friday, June 13, 2014

Terpukau Dek Silap Mata

Berjalan-jalan di hujung minggu, kebetulan ada promosi oleh TM. Ada persembahan silap mata juga. Anak-anak teruja nak tengok. Terpaksalah berhenti sekejap.

Tukang silap mata tanya siapa nak tolong dia buat silap mata. Beria Hadif dan Hana Alesya angkat tangan. Tapi dia panggil Hana Alesya. Dapat hadiah pen TM sebatang.

Jom tengok Hana Alesya buat silap mata. Mula-mula Hana diminta pegang di bucu kain.


Masa tu dia tanya Hana Alesya 2-3 soalan. Maybe nak bagi ralit. 


Meja sudah terangkat masa ni, tapi Hana Alesya tak perasan. 


Bila dah perasan, dia suruh tengok ada apa-apa tak dekat bawah kain tu?


Siap pusing-pusing lagi kain tu.




Last sekali dia suruh Hana lepaskan kain. Mulalah si tukang silap mata tunjuk skill dia.


Hadif nampak begitu terpegun.


Sampai termuncung mulut.



Bukan anak-anak saja yang terpukau, saya pun turut sama. Tertanya-tanya macamana dia angkat meja tu. Mungkin ada dawai khas yang diselitkan di bawah kain? Entahlah!

Thursday, June 12, 2014

Hafiy Jazmi Tengok Movie?

Gigih-gigih nak share gambar walaupun hitam kelam. Gambar pertama kali Hafiy Jazmi menonton wayang. Iyalah tu! Padahal dia banyak tidur sahaja di dalam panggung. 

Haziq dan Hadif beria ajak tengok cerita Spiderman. Jadi untuk tidak menghampakan kami sekeluarga pergi menonton Spiderman. Mula-mula takut juga nak bawa Hafiy, takut dia meragam. Tapi baik betul Hafiy, lepas minum susu, terus tidur. Pertengahan cerita, dia bangun. Lepas menyusu, tidur lagi sekali. Lega saya dibuatnya. 

Lepas cerita habis baru dia bangun. Terus ambil gambar. 




Masamnya muka! Muka baru bangun tidur. Nasib baik kamu comel.

Friday, June 6, 2014

Cara-Cara Makan Roti Tisu

Roti tisu antara menu yang selalu  Hana Alesya pesan bila ke kedai mamak. Saya pun biasanya tumpang sekaki makan sebab roti tisu besar dan mesti Hana makan tak habis. 

Tinggikan roti tisu ni? Ada kedai yang jual roti tisu lagi tinggi dari yang ini. 


Bila dah tinggi terpaksalah naik ke atas kerusi untuk makan.


Bila dah tak larat berdiri, duduk pula di atas meja.


Apa-apa sajalah Hana, asal bahagia.

Lagi Gambar Di Lost World Of Tambun

Ini gambar-gambar dari telefon Huzein. 

Entah apa-apa gayalah anak saya buat. Hadif nampak sungguh cekeding!


Bergambar bersama dengan 2 orang pahlawan. Haziq kata Pahlawan Malaya. Tak nampak pun ciri-ciri Malaya.

Haziq komplen kata baju mandi dia singkat dan nampak aurat. Dia minta saya belikan yang baru. Insyallah bila berkesempatan nanti ibu belikan ok. Nampak gayanya baju Haziq akan diperturunkan kepada Hadif, baju Hadif kepada Hana Alesya dan baju Hana kepada si kecil Hafiy.


Gambar bertajuk Keluarga Saya. Ini tidak termasuk yang 2 di kiri dan kanan kami.


Thursday, June 5, 2014

Mari Berjimba Di Lost World Of Tambun

Memang tiada dalam perancangan untuk kami sekeluarga ke Lost World of Tambun. Sekolah Haziq beri cuti peristiwa pada hari Isnin sebab hari Sabtu sebelum tu dia ada acara merentas desa. Jadi, kami terus balik ke kampung Huzein dan singgah di Lost World pada hari Isnin. 

Tengok tu, Lost World memanggil-manggil. Kami pergi awal pagi, orang memang tak ramai. Rasa macam Lost World tu kami yang punya. 


Bergambar di depan pintu masuk. Percubaan menyeludup masuk roti. Letak dalam poket seluar. Nasib baik boleh lindung dengan ring sling.

Nah, macam-macam gaya!




Di kaunter pembayaran anak-anak tengok peta ni, siap tunjuk ke mana mereka mahu pergi. Kalau beli tiket di kaunter jangan lupa bagi kad Mesra Petronas, boleh dapat diskaun.


Sebelum masuk ada clown di depan pintu . Masing-masing minta belon.


Hana Alesya teruja nak dapat belon.


Hafiy Jazmi tidur nyenyak di dalam ring sling. Baik betul kamu!


Tempat pertama yang kami pergi adalah Petting Zoo. Kami berjalan kaki ke sana.


Sibuk nak bergambar berlatarbelakangkan gorila ni. Tapi tak mau duduk diam. Macamana tu?



Di bahagian depan Petting Zoo.



Binatang di sini semuanya comel-comel belaka.


Ular pun comelkah?


Cicak Tokey kalau dapat seekor boleh jadi jutawan ni.


Burung kakak tua yang asyik mengangguk tapi tak reti nak gelang :)



Haziq bergaya macho bersama abahnya.


Kalau ke Petting Zoo, mesti singgah di Longkang Fishing. Memang stress tangkap ikan di sini sebab susah sangat nak dapat.




Gigih sungguh 4 beranak ni tangkap ikan. Lagi gigih bila saya cakap, "Siapa dapat tangkap ikan, ibu belanja aiskrim."




Akhirnya Hadif Syahmi berjaya dapat seekor. Seronok bukan main lagi dia.



Motif letak gambar ni? Seram tengok binatang ni tau!


Anak-anak nampak comot, tangkap ikan punya pasal.


Hai kamu di dalam!



 Memandangkan semua sudah comot, terus bawa mereka tukar baju untuk acara yang ditunggu-tunggu. Acara berendam sampai kecut. Orang tak ramai, jadi boleh buat macam rumah sendiri.




Sini tempat paling best. Haziq memang tunggu bekas air di atas penuh. Bila hampir penuh dia duduk di bawah dan tunggu air jatuh sambil menjerit kuat-kuat.


Hafiy Jazmi pun main air juga. Bagi dia cecah sikit saja.


Dia memang enjoy kocak kaki di dalam air.



Oi! Sempat lagi nak hisap tangan.


Enjoy dan sangat seronok sebabnya orang tak ramai. Paling best sebab dapat makan ayam grill yang sangat sedap di sini. Lupa pula nak ambil gambar ayamnya. 

Tulis post ni tiba-tiba rasa macam nak makan ayam grill yang sedap tu lagi. Nanti balik ke rumah mertua bolehlah singgah makan.