Thursday, September 25, 2014

Sikit-Sikit Lama-Lama Menang Besar!

Wah, tajuk entry tak boleh menahan. Berangan jugalah nak menang hadiah besar sesekali. Tapi dapat hadiah kecil pun saya seronok.

Ya, mari kita update hadiah.

Hamper Dettol dari Peraduan Dettol.


Kad Touch 'N Go bernilai RM50.00 dari peraduan SMS Dutch Lady.


Buku resepi Chef Norman dan rempah kari Chef Norman dari majalah Harmoni.



Banyak betul rempah kari yang saya dapat. Dapatlah saya share dengan mak sebab mak rajin masak kari.


Hamper Meditree dari majalah. Majalah mana saya sudah lupa.


Hamper Shurah dari majalah Pa&Ma. Malas nak buka pek untuk ambil gambar betul-betul.


Pek hamper macam-macam produk dari majalah Cosmopolitan.


Voucher AEON/Jusco bernilai RM300.00. Peraduan ni best sebab tak memerlukan modal. Hantar online dah dapatlah hadiah ini. Walaupun saguhati sudah cukup seronok. Lepas bajet untuk beli baju sekolah anak-anak tahun depan. Terima kasih Ayu yang sudi ambilkan hadiah ini.


Gambar kredit to Ayu. Cilok, malas nak tangkap gambar dah.

Monday, September 22, 2014

Minum & Menang Bersama Vico

Berkurun jugalah tunggu result Peraduan Minum & Menang Bersama Vico. 


Nasib baik menang juga walaupun hadiah saguhati. Lagi seronok sebab menang 2 nama, nama saya dan juga Huzein.



Alhamdulillah. Harapnya saya tak perlu tunggu berkurun untuk hadiah sampai ke tangan saya.

Friday, September 19, 2014

Birthday Hana Alesya

Agak terlewat kami buat celebrate birthday Hana Alesya. Birthday Hana jatuh pada 28 Ogos tapi kesibukan dengan pelbagai hal terpaksalah Hana potong kek lewat sedikit.

Kami sekeluarga ke Puncak Mutiara Cafe. Kek dipilih sendiri oleh Hana Alesya. Mulanya dia nak kek gambar Frozen tapi tak ada. Dapat kek Snow White pun jadilah.


Bukan main lagi gembira. Semoga Hana jadi anak yang solehah dan rajin tolong ibu.








Kami semua pesan makanan ikut selera sendiri. Hafiy makan makanan yang dibawa dari rumah. Bubur nasi campur carrot dan ayam.




Nyum...nyum...sedapnya!