Thursday, November 27, 2014

Hafiy Jazmi, Kekuatanku

Hafiy Jazmi sudah 9 bulan lebih. Rasa macam cepat saja masa berlalu. Sekarang kalau nampak saya, orang lain sudah tidak laku lagi. Asyik nak mengempeng dengan ibu saja. 

Boleh dikatakan setiap hari saya atau Huzein akan ambil gambar Hafiy. Saja simpan untuk kenangan. Saya kongsikan gambar Hafiy yang comel dan rasa geram nak gigit pipi saja bila tengok. 


Ini lepas mandi kolam, memang tengah riang-rialah ni.


Dengan Kakak Hana. Hana Alesya buat topi ni di sekolah. Balik rumah bagi adik pakai dan minta ambil gambar.


Ini paling cair bila tengok. Dengan mata yang bercahaya, siapa yang tidak jatuh sayang!


Kamu memang comel!


Semoga buah hati saya ini sentiasa diberi kesihatan yang baik. Dari kelmarin deman tak baik-baik lagi. Doakan Hafiy Jazmi.

Exam Taekwondo Hadif

Sebelum cuti sekolah bermula, Hadif telah menghadiri exam untuk taekwondo bagi sesi 2014. Exam kali ni saya tak dapat ikut sama. Hadif cuma pergi bersama dengan abahnya. Exam dibuat ditempat yang sama pada tahun lepas iaitu Dewan Komuniti Bertam Indah.

Sebelum exam bermula, Hadif duduk bersama kawan-kawan.


Sambil tengok orang lain ambil exam.


Ok, giliran Hadif pula.




Hadif dapat selesaikan examnya dengan baik dan mendengar arahan dengan baik. Penyampaian sijil akan diadakan pada 24 Disember 2014. Harapnya Hadif lulus dan boleh tukar tali pinggang lagi.

Monday, November 24, 2014

Kenduri

Saya dan keluarga termasuk bapa dan mak mertua menghadiri kenduri di Pusat Pendidikan Al Barakah. Biasa dengar? Inilah pusat pengajian yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim Elias. Sebenarnya kenduri ini merupakan kenduri kahwin anak saudara Ustaz Kazim. Jemputan yang hadir sangatlah ramai. 


Dengan kawasan yang luas dan pelbagai kemudahan yang ada di pusat ini, kenduri menjadi sangat meriah dan selesa untuk semua tetamu. Masa kami sampai orang tidak begitu ramai lagi. Majis diserikan dengan alunan marhaban oleh kaum ibu.


Goodie bag pun best, ada kismis sekotak besar di dalamnya.


Ustaz Kazim diserbu oleh para jemputan untuk bergambar.



Tempat makan jemputan yang hadir.


Tempat makan pengantin.


Paling best ada cendol dan aiskrim!


Anak-anak seronok dapat makan aiskrim. Ulang makan 2-3 kali.


Saya pula, ulang makan cendol. Makan sepuashati!


Abah ambil kesempatan untuk bersalaman dan bergambar dengan Ustaz Kazim.


Saya pun nak tumpang sekali jugalah.


Ini budak orang makan nasi, dia makan plastik.


Antara VIP yang hadir adalah Menteri Besar Perak.



Antara kenduri yang best pernah saya hadiri. Sebabnya, kawasan luas jadi tempat duduk untuk tetamu selesa. Ditambah dengan makanan yang sedap dan pelbagai. Oh, teringat-ingat cendol!

Planner 2015

Belum pun masuk tahun 2015, saya sudah membeli planner untuk saya gunakan pada tahun depan. Saya memang suka merancang sesuatu awal-awal. Senang bagi saya bila ada planner ni.


Biasanya dalam planner saya masukkan siap-siap tarikh cuti umum, cuti sekolah, tarikh lahir anak-anak dan suami, tarikh ulangtahun perkahwinan. Senang nak rancang percutian. Bila ada temujanji anak untuk berjumpa doktor atau cucuk (ini untuk Hafiy) pun saya masukkan juga. Jadi tak adalah yang terlupa, maklumlah semua perkara perlu ingat.

Kawan-kawan biasa pakai planner?

Dating!

Dating sempena.....tak ada sempena apa-apa. Saja menghabiskan masa berdua. Maklumlah di rumah sibuk dengan hal anak-anak sampai kadang-kadang nak bersembang lama pun susah. Jadi, keluarlah kami dating berdua sambil makan dengan tenang dan sembang-sembang.

Gila gigih nak ambil gambar berpegangan tangan. 


Ada yang bertanya, cincin barukah? Itu cincin kahwin, sudah hampir 10 tahun usianya. Nasib baik masih lagi muat dipakai walaupun badan sudah tidak lansing lagi.


Ini untuk saya.


Ini untuk si dia.


Syukur atas nikmatnya.

Pekan Rabu

Perjalanan dari rumah saya ke Pekan Rabu lebih kurang 1 jam setengah. Sedap jugalah dapat tidur sepanjang perjalanan. Letih, maklumlah ada anak kecil. Jadi tidur di dalam kereta sambil memangku anak sudah menjadi perkara biasa.

Kami ke Pekan Rabu sebab Huzein ada kerja sedikit di Alor Setar. Jadi dapatlah singgah sekejap di Pekan Rabu. Bangunannya sudah nampak usang. Kalau dicat cantik-cantik mungkin lebih menarik. 


Sebelum ronda-ronda, kami makan dulu. Ramai juga orang makan di sini. 




Lepas kenyang, kami masuk ke kompleks Pekan Rabu. Wah, rambang mata dibuatnya! Benda yang jarang-jarang jumpa pun ada dijual di sini. 




Bukan kata barang, makanan yang dijual pun pelbagai. Paling banyak adalah makanan tradisional macam dodol, serunding, cakar ayam, pekasam dan macam-macam lagilah.




Sibuk ibu nak bergambar dengan abah. Sayangnya gambar kelabu asap *nanges*


Baju-baju pun banyak. Siap duit sajalah kalau datang ke sini.


Tak banyak yang kami beli di sini. Malas lama-lama di sini sebab cuaca panas yang amat. Tapi, elok saja kami masuk ke dalam kereta  hujan turun dengan lebatnya.



Kalau ke Alor Setar, jangan lupa singgah di sini ya!

Hari Raya Haji Itu

Cerita lama, baru sekarang nak update. Saya sangat sibuk dengan kerja di tempat baru sampai tak sempat nak update blog. Jadi, lepas sapu sawang mari kita bercerita tentang perkara lepas-lepas. 

Sambutan Hari Raya Haji kali ini biasa-biasa saja. Yang seronoknya pergi ke masjid tengok orang kampung bekerjasama untuk program korban. Saya bawa anak saudara bersama. Maka jadilah saya mak dengan anak yang ramai. 


Atuk and the geng. Atuk sibuk tolong lapah lembu masa kami sampai di masjid.


Di hadapan masjid ada orang sibuk lapah kepala lembu. Sedikit seram, jadi tak berani nak tengok dekat-dekat sangat.



Di belakang masjid, orang sibuk bahagi-bahagikan daging korban.



Kami sibuk melihat-lihat sahaja.


Budak kecik yang semakin besar.


Hobi Hafiy sekarang adalah hisap jari. Asal ada peluang saja mesti jari masuk dalam mulut.


Boring tengok orang potong lembu, saya ajak makan cendol yang dijual di dalam kawasan masjid juga.


Sementara tunggu cendol siap, muka masing-masing macam boring saja.


Hana makan cendol.


Cuaca panas. Nasib cendol menyelamatkan keadaan. Lepas makan terus pulang. Alhamdulillah.