Monday, February 16, 2015

Ayuh ke Johor Terus Lajak Ke Singapura

Setelah sekian lama tidak membawa anak-anak pergi bercuti , akhirnya inilah percutian pertama kami untuk tahun 2015. Lama sudah saya dan Huzein rancang. Beli tiket flight awal-awal sebab boleh dapat murah. Kami ke Johor dengan menaiki FireFly di Ipoh (dari rumah mertua saya). Percutian ini boleh dikira sebagai percutian bajet sebab kami memang berjimat untuk segala hal sepanjang percutian. 


Sabar menanti giliran. Proses check in berjalan lancar walaupun penat jugalah nak kepung anak 4 orang.



Muka-muka gembira nak pergi jalan-jalan. Hampir setahun kami tidak pergi bercuti. Lepas saya bersalin, tumpuan kami beri pada Hafiy dulu. Sekarang rasa macam dah ok, baru boleh pergi holiday!



Di dalam flight.


Hafiy pun sangat baik sepanjang perjalanan. Ada juga dia tidur dalam setengah jam. Jadi tak adalah saya runsing sangat. Maklumlah saya ni ada masalah sikit bila naik flight, mesti nak pening atau muntah.


Ya, mari kita tidur Hafiy.


Sampai saja di Johor, kami cari bas untuk ke hotel. Mulanya ingat nak naik teksi, tapi bila tengok ada perkhidmatan bas dan murah lagi, terus kami putuskan naik bas sahaja.

Lepas beli tiket baru dapat tahu kami bukan akan naik bas, tapi naik van. Menurut abang kaunter bas rosak.



Yang berminat nak sewa kereta pun boleh juga. Tapi ada masalah sikit kalau menyewa kereta sebabnya deposit yang kita beri semasa menyewa hanya akan diberi balik 2 minggu kemudian. Bukannya bila kereta sewa dikembalikan. Sebabnya, syarikat sewaan/pemilik kenderaan nak semak dahulu sama ada penyewa tidak dikenakan saman sepanjang kereta disewa. 



Sampailah kami ke Tune Hotel. Sewa hotel murah sahaja sebab kami akan banyak menghabiskan masa di luar. Hotel kira tempat tidur sahajalah.



Petang ini selepas berehat-rehat, kami ke Syarikat Odyssey yang terletak di bawah Tune Hotel. Tujuannya untuk membeli tiket ke Universal Studio, Singapore dan bertanyakan beberapa perkara. 

Secara ringkasnya, ini adalah jadual kami sepanjang kami bercuti. Tempat yang kami pergi adalah terhad, maklumlah tiada kenderaan sendiri. Kebanyakkan tempat kami pergi dengan menaiki teksi. 

HARI PERTAMA
Bertolak dari Ipoh ke Johor
Johor Factory Outlet

HARI KEDUA
Legoland

Nota: Tiket Legoland kami beli di laman web Legoland dan perjalanan dari hotel ke Legoland, kami naik teksi. Syarikat Odyssey ada menyediakan perkhidmatan van ke sana tapi harganya sedikit mahal.

HARI KETIGA
Universal Studio, Singapore (USS)

Nota: Tiket USS + bas kami beli dengan Syarikat Odyssey. Harga tiket adalah RM175 untuk dewasa dan RM140 (kanak-kanak 4 - 12 tahun). Boleh contact Shikin 018-6667503 untuk tempahan. Sampai di Johor terus ambil dan buat bayaran. 
Bas akan bergerak biasanya dalam jam 7.30 pagi dan bertolak pulang dari Singapore jam 7.00malam. 

HARI KEEMPAT
Bertolak pulang dari Johor ke Ipoh

No comments: