Wednesday, February 25, 2015

Berjimba Di Legoland (Entry Pengsan Gambar Beribu)

Akhirnya tahun ini kami sekeluarga berjaya menjejakkan kaki ke Legoland. Memang sudah lama teringin nak bawa anak-anak ke sini. Tunggu rezeki contest, tiada. Nasib baik ada rezeki duit lebih, jadi dapatlah bawa anak-anak seperti yang dijanjikan, pergi Legoland kalau rajin belajar.


Kami ke Legoland dari Tune Hotel dengan menaiki teksi. Jauh juga berjalan dari tempat teksi tinggalkan kami ke pintu masuk Legoland. Hafiy tertidur di dalam teksi, jadi terpaksalah saya cempung dia.


Anak-anak memang teruja bila kami semakin dekat dengan pintu Legoland.


Orang memang ramai, tapi bertabahlah.


Nasib baik tiket sudah beli online awal lagi. Barisan di tiket online taklah panjang sangat. Kami cuma beli tiket ke Theme Park. Water Park tak beli sebab Theme Park pun ambil masa sehari untuk habiskan semua permainan. Kalau nak masuk ke Water Park, kena pergi Legoland 2 hari baru puas.


Muka-muka tak sabar nak masuk Legoland.



Ada perkhidmatan menyewa stroller. Singgah sekejap nak tengok jenis stroller yang disewakan. Tak sesuai untuk Hafiy. Lebih sesuai untuk budak 2 tahun ke atas.


Mula-mula telek peta, tengok arah tujuan nak ke mana.




Permainan pertama yang anak-anak cuba. Muka masing-masing memang seronok sangat.


Lepas tu masing-masing minta duit nak cuba permainan ni. Sekian, terima kasih sebab rasa macam susah saja nak menang anak patung cute tu.


Jom tengok Star Wars!






Haziq masam sebab tak dapat beli apa yang dia nak.


Kami ni asal nampak tempat cantik saja mesti nak bergambar.




Dapatlah berehat dari berjalan sekejap bila sampai di sini. Anak-anak main, saya layan Hafiy.



Jumpa istana, memang teruja nak masuk sebab senibinanya yang cantik.



















Singgah dekat tempat Merlin pula. Saya memang tak naiklah. Nanti pening sekupang pun tak laku.







Ini Huzein saja yang naik sebab anak-anak tak cukup tinggi.



Dapatlah Huzein ambil gambar di sekitar Legoland.




Saya lepak di sini sambil tengok anak-anak bermain.



Lepas tu Huzein dan anak-anak ikuti kelas buat robot, lebih kurang gitulah. Saya tak masuk sekali.






Seronok masing-masing sebab dapat sijil lepas habis kelas.




Saya lepak di bilik ini sambil layan Hafiy main Lego. Malas nak keluar berjalan-jalan sebab cuaca panas. Lepas habis, semua datang dekat saya di sini.


Fuh, gahnya Hotel Legoland. Tapi tak ada rezeki lagi nak menginap di sini. Harganya sangat mahal bagi saya.


Next perhentian adalah Wave Racers. Hanya Haziq dan Hadif saja boleh main sebab Hana tak cukup ketinggian.


Gembira sungguh Haziq dan Hadif.




Hafiy lagilah, terpaksa belek peta saja sebab satu apa pun tak dapat main. Tunggu besar sikit ya, ada rezeki ibu bawa datang sini lagi.


Lepas tu ke tempat replika bangunan-bangunan terkenal yang dibuat dari Lego. Huzein malas nak berjalan, dia tolong jagakan Hafiy.


Saya jalan-jalan sambil ambil gambar sambil kagum. Cantik-cantik weh!









Lepas tu naik keretapi sambil ronda-ronda dalam Legoland.



Penat juga menunggu sebab orang ramai. Hafiy buat mulut ikan. Jangan bosan ye Hafiy!




Mulut ikan lagi sekali.


Sambil naik keretapi sambil tengok permandangan.



Kalau ke Rescue Academy boleh main game. Penat jugalah main sebab guna banyak tenaga. 



Naik kapalterbang pusing.



Ok, perut dah lapar. Jom makan. Sebagai peringatan, makanan di dalam Legoland tersangatlah mahal. Saya beli fish & chips. Itupun makan berkongsi. Nasib baik ada bawa roti di dalam beg.


Saya lepak di tempat makan. Huzein dan anak-anak keluar dengan anak-anak ke kelas memandu.




Lepas tu naik bot.



Lepas tu menyorok di sini.


Sampai tempat makan nak tutup baru datang pada saya. Jalan-jalan lagi sampai kaki rasa nak tercabut.


Ini adalah perhentian terakhir. Saya cuma jadi tukang ambil gambar.




Seronok mereka sambil melambai-lambai suruh saya ambil gambar.




Wah ketawa riang nampak! Habis basah baju semua. Nasib baik bawa baju ganti.


Saya tunggu punyalah lama. Rupa-rupanya Huzein dan anak-anak naik lagi sekali bot tu. Penat menunggu. Nasib baik naik 2 kali sahaja. 

Lepas tu terus balik sebab badan sudah rasa melekit, berlengas dan muka pun sudah hitam legam. Berbaloi ke Legoland bila tengok muka gembira anak-anak. Kalau rajin lagi belajar, ke Disneyland pun ibu sanggup bawa. 

No comments: