Monday, February 16, 2015

Johor Premium Outlet

Kami sekeluarga ke Johor Premium Outlet (JPO) dengan menaiki teksi. 

Tak ada perancangan untuk membeli apa-apa. Maklumlah percutian bajet. Cuma bila dah sampai ke Johor, mestilah ke JPO sebagai syarat. Kalau ada yang berkenan barulah beli. 


Meneliti butik apa yang ada di sini.





Fuh, ramainya orang beratur untuk masuk ke butik Nike. Ramai peminat rupanya jenama ini.


Orang di Padini Outlet memanglah sangat ramai. Sebab banyak barangan yang ditawarkan dengan  harga yang murah. Ada jugalah saya membeli di sini untuk anak-anak.



Butik Coach pun ada ramai orang beratur di luar. Tapi saya macam tak berminat nak masuk sebab tak ada perasaa nak masuk. Boleh gitu?


Ini yang saya teringin nak masuk, butik Kate Spade. Saja nak meninjau harga beg yang saya suka dan ada dalam list saya. Tapi harganya masih mahal. Baik saya beli online dari personal shopper yang biasa saya beli. Boleh jimat dalam RM200.


Singgah juga di Cotton On Kids. Tapi singgah sajalah, tak ada yang berkenan.



Saya hanya beli kasut, minyak wangi, baju untuk anak-anak dan juga seluar Huzein. Itu saja!

Anak-anak gembira tak kira masa. Singgah tengok air pancut tapi diberi amaran jangan berani nak dekat. Nanti basah!





Bergambar kenangan.


Budak baik yang tak banyak meragam.



Hampir gelap rupanya. Kami memang asyik masuk dari satu butik ke satu butik. Sambil-sambil tengok gelagat orang membeli-belah.


Anak-anak mengadu lapar. Kami singgat ke Food Courts di JPO.


Beli Subway sebagai alas perut. Sebabnya kami rancang makan di depan Tunes Hotel.


Selesai makan, kami pulang ke hotel dengan menaiki teksi yang sama. Janji dengan pemandu teksi, senang. Tak perlu cari teksi lain.

No comments: