Wednesday, February 25, 2015

Kalau Ke Johor Harus Singgah Di Gerai Kacal Pool Haji

Malam selepas pulang ke Legoland kami mencari makan sebab perut sudah lapar. Hasil pengaruh rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kami ke Gerai Kacal Pool Haji yang memang terkenal. Lagi terkenal sebab pemilik merupakan suami kepada pelakon Wan Maimunah.

Kami tak tahu tempatnya. Cuma tanyakan pada pemandu teksi dan dia yang bawa kami ke sini. Kalau nak ke sini beritahu nak ke medan selera berdekatan Balai Bomba Larkin. 


Ini dia kacang pool yang dipesan. Makan bersama roti bakar. Rasa memang sedap. Anak-anak pun suka.


Kak Long yang gigih menyediakan pesanan pelanggan.



Selain kacang pool, tauhu bakar pun ada dijual di sini.


Gerai sebelah ada jual ABC. Memang meriah, tapi tak order sebab anak-anak batuk. Cuma pesan minuman sahaja.


Kalau ke Johor jangan lupa ke sini ya!

2 comments:

CikLily Putih said...

ktorang kalau balik JB, memang inilah tempatnye ek.. boleh makan sampai 3-4 mangkuk sekali gus..

Aishah Megahasz said...

CikLily: Memang sedapkan!