Friday, February 27, 2015

Resepi Kerabu Manggaku?

Hari ni tiba-tiba jadi rajin nak check berapa duit ada dekat Nuffnang. Dan tiba-tiba terperasanlah dekat bahagian Refferals tu keluar website http://www.healthworks.my/healthier-malaysian-recipes.

Oh, kenapa ya?


Bila buka baru tahu ada satu artikel berkenaan 10 resepi sihat di Malaysia terselit Resepi Kerabu Mangga saya. 


Waduh-waduh, malu pun ada. sebabnya saya bukanlah pandai sangat memasak. Kadang-kadang nak masak pun saya buka buku resepi yang ada dekat rumah ataupun google cari resepi.

Apa-apa pun terima kasihlah. Wah, terus bersemangat nak memasak!

No comments: