Friday, February 27, 2015

Sarapan Di Airport Sebelum Pulang

Alhamdulillah, percutian kami berjalan dengan lancar. Akhirnya masa untuk pulang. Tak seronok sebab kena masuk kerja balik.

Pagi-pagi lagi dalam jam 7.30pagi kami sudah bertolak ke lapangan terbang. Flight balik jam 10.00pagi tapi kami saja pergi awal sebab nak makan dulu di sana. Cari punya cari tempat makan, akhirnya kami decide untuk makan di Lavender. 


Sementara tunggu makanan sampai, wefie sekeping dua dulu.



Kopi Huzein, pergh...ada love lagi.


Anak-anak yang seronok pergi bercuti. Lepas ni kena rajin belajar. Kalau rajin, boleh bawa bercuti lagi.



Haziq pun sibuk nak ambil gambar dengan makanan dia.


Gambar ni lawak, Hadif bergaya seolah-olah nak makan Haziq dengan garpu. Ganasnya!


Ini saya punya. Sedap! Nama sudah tak ingat sebab main order dari menu yang ada.


Hadif, bukan main lagi dia. Padahal dalam pinggan tu separuh saya yang habiskan.


Ini Huzein punya, bihun goreng. Tekak melayu.


Harga makanan di sini, jangan ditanya harganya. Boleh tahan mahal, maklumlah di airport. Sekali-sekala bolehlah.

Lepas makan terus naik flight balik ke Ipoh. Bye-bye Johor!

No comments: