Friday, February 27, 2015

Saya Sudah Setahun!

Pejam celik pejam celik sudah setahun umur Hafiy Jazmi. 16 Februari lepas cukuplah setahun buah hati saya ni. Alhamdulillah. Dengan keletah Hafiy yang comel dan menceriakan, dia memang menjadi tumpuan semua. Kadang-kadang dia pun rimas asyik dikerumuni oleh abang-abang dan kakak. Ada masa dia pun tunjuk taring juga. 

Gelagat Hafiy mendodoikan Iron (nama kanggaaro ini Iron; sempena Ironman) suruh tidur. 


Lepas tu Hafiy pula dipaksa tidur.


Hafiy dan mulut di jari berpisah tiada. Memang sudah jadi tabiat Hafiy masuk jari dalam mulut.


Semoga terus membesar dengan sihat dan jadi kesayangan semua. Amin.

No comments: