Wednesday, February 18, 2015

Sekinchan Ikan Bakar

Restoran Sekinchan Ikar Bakar memang popular di Lembah Klang. Tak sangka ada cawangan di Johor. Berdepan dengan Tune Hotel. Kalau malas nak keluar jauh, boleh makan di sini. Malam itu kami makan malam di sini sahaja. 


Muka masing-masing sudah letih yang amat.



Ini dia ikan bakar yang kami pesan. Boleh tahan juga rasanya.


Hana Alesya nampak sangat letih. Dengan mata separuh terbuka dan tudung senget-benget. Tapi lapar punya pasal, layar perut dulu.


Lepas makan kami balik ke bilik dan tidur awal. Esok perlu bangun awal sebab nak berjimba di Legoland!

2 comments:

Mama Zharfan said...

yg kat area klang valley..rasanya mcm byk bad reviews gitu..

uncle gedek said...

selalu tengok kedai ni... tak pernah sempat singgah