Friday, February 27, 2015

Singgah Di Restoran Jom Singgah Selalu

Ini adalah antara restoran yang terkenal di Johor. Pulang dari USS, kami makan malam di sini. Orang memang ramai dan makanan pun pelbagai.




Jom order.




Kacang dan otak-otak memnag tak order tapi akan diletakkan di atas meja. Kalau makan baru kena bayar.


Antara yang kami pesan, Lai Chee Kang.


Dim Sum boleh tahan sedapnya. Hana Alesya terlentok mengantuk. Dim Sum sedap pun buat tak tahu.


Kami makan nasi. Lauk yang kami pesan adalah sup daging, udang butter dan ayam lemon.


Hadif pun lentok baik punya. Tak makan pun di kedai. Saya tapaukan nasi ayam untuk makan di bilik.



Saya pun tak tahu apa makanan yang istimewa di Restoran Singgah Selalu. Cuma pesan ikut tekak rasa nak makan apa. Lagipun tengah lapar, semua pun rasa sedap dan makan sampai licin.

No comments: