Wednesday, April 29, 2015

Al Medina Moroccan Restaurant

Rasa macam lama sangat tak makan sedap-sedap di luar bersama family. 

Restoran Al Medina Moroccan Restaurant terletak di Tanjung Bungah berdekatan dengan Rose Garden. Terletak betul-betul tepi jalan, jadi tak susah sangat nak cari. 

Macamana kami boleh tiba-tiba nak makan di sini? Sebenarnya Huzein beli voucher dari Groupon. Saja nak try masakan dari Morocco pula.


Ini suasana di luar restoran.



Di luar adalah restoran Rose Garden.


Ini dekorasi di dalam restoran.






Makan-makan dimulakan dengan sup. Sup tomato dengan campuran sedikit rempah. Tak sedap! Anak-anak pun tak suka. Jadi terpaksalah ibu dan abah habiskan supaya tidak membazir.


Sesambil makan sambil layan Hafiy.


Makanan utama sudah sampai. Nasi kabsa bersama salad dan kebab. Boleh tahan saja rasanya.



Kami di jamu dengan air teh ais limau.


Secara keseluruhannya, makan di sini biasa-biasa saja. Tak sedap sangat. Boleh tak nak review macam ni...hahahaha.

Nasib baik ada Hafiy yang menceriakan suasana. Muka comot dengan makanan pun masih nampak comel!





Geram tengok gelagat dia. Rasa macam nak gigit pipi tu.

Ada juga pelanggan Cina yang baru datang. Agaknya mereka pun beli voucher dari Groupon macam kami sebab makanan yang dihidangkan sama saja.


Lepas makan boleh balik. Sebelum balik ambil gambar sekeping dua. Macam-macam gaya anak-anak saya beri.



Ok, jomlah balik.

1 comment:

CikLily Putih said...

cantik tempat ni.. kat mane ek