Wednesday, April 29, 2015

Hafiy Yang Sibuk

Sejak pandai tengok dan tiru apa yang orang lain buat, bukan main lagi budak kecik ni. Sekali saja dia tengok kakaknya Hana Alesya buka laci dan ambil baju terus dia pun pandai buka laci. Buka laci dan punggah semua baju kakaknya.

Nangis ibu tengok. 


Ini antara aktiviti Hafiy di rumah. Dia dah tahu mainan dia semuanya ada dalam bakul. Kalau beri sebakul, harus dipunggah semuanya. Lepas tu pilih yang mana dia suka nak main. 


Bahagia betul hidup! Macam sibuk sangatkan? Sibuk main dan bagi Ibu sibuk kemas rumah.

Nangis lagi bila Ibu tengok.

2 comments:

Mama Zharfan said...

cherish the sweet moments while it lasts :) one day we are going to miss it...bila anak2 dh besar nanti kan..

CikLily Putih said...

biasalah bebudak memang cam tu kan..