Tuesday, April 28, 2015

Karnival Kreativiti & Science4U 2015 Zon Utara

Hari minggu, aktiviti bersama keluarga kalau boleh nak pilih yang percuma tapi menyeronokkan. Maklumlah zaman sekarang semuanya pakai duit.

Jadi bila nampak poster berkenaan Karnival Kreativiti & Science4U, terus plan bawa anak-anak ke sini. Memang seronok. Paling penting percuma dan dapat banyak hadiah. 


Sampai saja, tengok bagaimana puting beliung terjadi.



Juga, bagaimana awan terbentuk.


Roket.



Semangat tengok apa tu?



Alat pengesan.


Anak-anak sibuk belajar, ibu dan Hafiy sibuk posing.


Gigih buat teka silangkata. Last-last give up sebab soalan susah sangat. Semuanya pasal Sains. Tak dapat sudahkan pun masih dapat hadiah.


Suka sebab dapat lencana ni.


Ini antara hasil inovasi dari sekolah yang masuk pertandingan rekacipta.


Tengok wayang berkenaan angkasa lepas dalam tempat ni. Saya saja yang tak turut serta sebab dukung Hafiy.



Lepas tu boleh cuba macam-macam permainan berasaskan sains. Lagi seronok sebab dapat hadiah.





Wah, bukan main test naik kereta lumba.



Siap dengan aksi posing lagi si Hana ni.

Lepas habis melawat terus bergegas ke kenduri pula. Salah satu aktiviti yang seronok (makan sedap siapa tak suka) dan free juga.

No comments: