Tuesday, June 16, 2015

Kenduri Aqiqah Hafiy & Qaisara

Syukur, bermulanya cuti sekolah dapat balik kampung dan berkumpul ramai-ramai. Kami mengadakan kenduri aqiqah untuk Hafiy Jazmi dan si kecik Nur Qaisara. Malam sebelum kenduri makan kek yang sangat sedap. Fuh, sangat sesuai untuk menternak lemak. Tapi sedap punya pasal, bedal sajalah.



Esoknya, seawal jam 9.00pagi kumpulan marhaban sudah sampai. Memang awal kami semua bersiap sedia. Baby Qaisara diletakkan di dalam buaian yang dihias cantik untuk berendoi. Hafiy sudah setahun lebih macam tak sesuai lagi berendoi dalam buaian. Takut karang dia melompat turun sebelum habis acara.



Hafiy dan abang Haziq.


Hana Alesya ni teringin nak adik girl. Jadi Qaisara asyik kena kerumun dengan dia.




Diam saja dia duduk dalam buaian.





Hafiy Jazmi yang mulanya tenang.




Qaisara yang memang tenang dari mula.



Tengok, Hafiy mula dah sesi panjat-memanjat.


Bagi susu sebotol sebagai upah untuk duduk diam-diam.


Kemuncak acara ni.





Masa ni Hafiy sudah tertidur.




Cucu-cucu Atok Hawari lepak di luar rumah.


Selepas acara marhaban, majlis tahlil diadakan pula.



Selesai bacaan doa, disusuli dengan acara jamuan makan.



Qaisara yang masih lagi tenang. Baiknya dia.



Haziq, Imaan dan Hafiy.


Hana Alesya, boleh tahan melaram dia ni.


Antara yang hadir ke majlis kenduri kami. Lepas ni kena tunggu raya pulalah untuk berjumpa lagi.


Lega majlis berjalan dengan lancar. Semoga diberkati. Insyallah.

No comments: