Wednesday, June 3, 2015

Pemuda Harapan Bangsa

Inilah bakal pemuda harapan bangsa. Bolehlah nak diharap buat kerja walaupun kadang-kadang mengelat.

Baru-baru ini Huzein beli benih pokok kelapa untuk di tanam di depan rumah. Harapnya bila tinggi nanti reduplah sikit rumah kami. Tugas menanam diserahkan kepada Haziq dan Hadif. Memang sukalah mereka berdua. Habis kotor baju-baju. 


Kalau hari minggu biasanya petang-petang saya akan kerahkan anak-anak untuk kutip baju. Saya malas nak keluar sebab terpaksa berpakaian sopan lagi menutup aurat. Maklumlah di Bertam ni cuacanya sentiasa panas. Jadi anak-anaklah ambil tugas mengutip baju.

Saya katakan pada Haziq dan Hadif, jadilah lelaki sejati. Tolong ibu dan isteri nanti, Insyallah.



Kalau keluar berjalan-jalan juga biasanya Haziq yang akan bawa beg saya sebab saya akan mendukung Hafiy. Itupun antara tugas lelaki sejati kata saya pada Haziq. Boleh gitu?

No comments: