Wednesday, June 3, 2015

Perpustakaan Cyber Tasek Gelugor

Huzein dalam proses akhir menyiapkan tesis jadi perlu berikan perhatian sepenuhnya. Tiada cuti-cuti Malaysia bagi kami sekeluarga sehinggalah Huzein siapkan sepenuhnya dan hantar tesis dia. 

Ini antara aktiviti kami pada hujung minggu, pergi perpustakaan. Habiskan masa di sini sementara Huzein buat kerja. Ini kali pertama saya ke Perpustakaan Cyber di Tasek Gelugur. Huzein sudah banyak kali. Selain perpustakaan ini, Perpustakaan Seberang Jaya dan Perpustakaan Kepala Batas antara perpustakaan yang biasa kami bawa anak-anak. 

Kami duduk di tingkat bawah yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Riang betul Hafiy Jazmi ni. 



Bacakan buku sambil main-main dengan Hafiy. Hafiy ni pandai menghiburkan hati ibu.


Hana Alesya yang suka mewarna.


Oh, anak bujang 2 orang ni kalau dah dapat main game apa pun tak ingat.


Tapi, malangnya. Nama saja Perpustakaan Cyber tapi line internet di sini sangatlah siput. Kebersihan dan kekemasan di sini pula sangat tip-top. Sekian.

No comments: