Wednesday, June 3, 2015

Seminar Setiausaha 2015

Tugas saya menghadkan masa untuk saya menulis blog *sedih*

Ok, mari cerita hal yang berkaitan dengan kerja. Sejak anak sudah masuk 4 saya sudah jarang pergi kursus/seminar Setiausaha (yang gah diwar-warkan tiap tahun di media) luar dari Pulau Pinang. Malas dan susah nak tinggalkan anak-anak.

Tahun ini saya berpeluang untuk pergi Seminar Setiausah anjuran USM. Seminar dibahagian kepada 2 sesi. Sesi pagi dikendalikan oleh Ustazah Isfadiah dan sesi petang dikendalikan oleh Fizo Omar. 

Sesi bersama Ustazah Isfadiah memang best. Dalam berceramah, diselitkan juga cerita yang mencuit hati. Tengoklah gambar saya yang sedang bergembira itu. 


Selepas habis sesi pagi, bergambar beramai-ramai dengan ustazah. Kecil molek saja orangnya walaupun sudah beranak 6.



Sesi petang ramai yang teruja sebab dapat jumpa dengan Fizo Omar. Secara keseluruhan bagi saya Fizo masih kena belajar untuk bagi penonton lebih berminat dengan ceramahnya. Gambar ambil dari jauh sahaja. Ada juga gambar beramai-ramai bersama Fizo tapi kelabu asap, jadi malas nak tempek di blog.



Apa-apapun seronoklah dapat  hadiri seminar sebegini. Dapat lari dari kerja sekejap sambil jumpa kawan-kawan yang bekerja di bahagian lain.

No comments: