Monday, June 15, 2015

Sukan Tadika Hana Alesya

Seminggu sebelum cuti sekolah bermula, Tadika Little Caliph telah mengadakan sukan tahunan. Acara di adakan di Stadium Kepala Batas.

Hana Alesya dalam pasukan Purple Mangosteen. Bergambar dulu dengan kawan-kawan sebelum acara bermula. 




Perarakan bermula. Saya tengok acara dari jauh sahaja sebab cuaca panas.


Hana Alesya sempat lagi melambai ke arah kamera.




Acara dimulakan dengan bacaan doa.




Kemudian acara menari mengikut irama lagu. Lagunya saya tak berapa pasti. Hana cakap tajuk lagu ni 'Penguin'.


Kemudia semua murid-murid duduk di dalam khemah untuk menunggu giliran acara yang mereka terlibat. Hana Alesya tak reti duduk diam, sibuk main dengan kawan-kawan.




Hafiy dan abah. Kami semua duduk di tempat penonton stadium. Gambar-gambar Hana Alesya di bawah semuanya diambil oleh Haziq.



Hana Alesya dan kawan-kawan. Ini antara yang rapat dengan dia di Tadika.


Bersedia untuk acara bermula. Sempat lagi nak berposing.


Amboi, bukan main lagi si Hana ni!


Bila giliran dia serius pula dia bersedia.


Lari dan susun buah-buahan mengikut nama.


Buat sate buah-buahan mengikut arahan seperti di dalam gambar.


Habis acara, dapat pingat. Seronok bukan main lagi dia. Bab posing tak payah suruh, pandai saja dia berposing.





Tahun depan sudah tiada acara sukaneka Tadika lagi sebab Hana Alesya sudah masuk darjah 1.

1 comment:

eynda said...

Cantik tema kaler purple :-)