Wednesday, July 15, 2015

Baju Raya 2015

Kehangatan sambutan Hari Raya sudah terasa. Saya masih lagi bekerja. Esok pun sama. Cuma akan bercuti selepas Hari Raya.

Bercerita pasal Hari Raya tak sabar nak melaram baju baru. Raya tahun ini warna temanya adalah peach dan grey. Saya dan Hana akan pakai jubah warna peach dan tudung grey. Huzein and the boys akan pakai baju melayu warna grey. 

Jubah saya dan Hana beli dengan Jubah Souq. Kirim pada personal shopper masa Mode Republic Tour, dapatlah harga murah. Design jubah tak sama, cuma warnanya yang sama. Agaknya kalau saya pakai boleh nampak cun macam model dalam gambar tak?


Baju Hafiy saya beli dari MyComel. Baju melayu romper. Senang sikit nanti nak berdukung. Tidaklah terselak-selak bajunya nanti bila bergambar.


Baju untuk Huzein, Haziq dan Hadif beli di kedai di Kulim. Baju melayu memang saya biasa beli di Kulim. Paling berbaloi baju Huzein harganya cuma RM29.90 sahaja untuk sepasang. Mulanya saya ingat harga tu untuk baju sahaja. Bila tahu untuk sepasang terus rembat 2 pasang. Lagipun Huzein memang selalu pakai baju melayu untuk solat Jumaat atau ke surau. Jadi, tak rugi beli lebih.


Itu sajalah serba sedikit persediaan baju raya untuk tahun ini. Nantikan gambar raya dari kami sekeluarga.

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

2 hari lagi nak raya baru ila kelamkabut membeli haha