Tuesday, July 14, 2015

Berkongsi Kegembiraan

Assalamualaikum semua. Lama tak dengar khabar berita ya! Malas nak cakap, tapi memang sibuk. Bulan puasa lagi sibuk. Rasa macam Zombie pun ada. Dengan mata panda dan kadang-kadang blur bila datang kerja. Haish....

Sejak bulan puasa ni memang dah stop masuk contest. Malas nak layan contest, banyak benda lain yang perlu diuruskan terutamanya keluarga tercinta. Tapi adalah juga sikit-sikit rezeki untuk saya.

Jom cerita pasal hadiah. Ini shawl dari Fana Couture. Menang dari majalah Nur. Sekarang sudah teror (bukan terrorist tau!) pakai shawl jadi bolehlah melaram dengan shawl ni. 


Produk Diva dari majalah keluaran Karangkraf. Sudah lupa dari majalah mana.


Produk Payot dari majalah keluaran Blu Inc. Pun dah lupa dari majalah mana.


Produk Silky Girl dari majalah Eh!


Lipstik MYJ. Juga hadiah dari majalah keluaran Karangkraf yang saya sudah lupa majalah apa. Makan semut banyak, asyik lupa saja. Didatangkan dalam kotak berbentuk love yang sangat cantik. Banyak betul, bila nak habis pakai tak tahulah. Warna pink sudah Hana Alesya rembat siap-siap untuk diri sendiri.


Pemenang hadiah harian untuk Peraduan Sentuhan Keemasan Kimberly-Clark. Saya menang untuk minggu ke-7. Dapatlah voucher Habib Jewels RM500. Hajat di hati nak belikan Hana Alesya gelang tangan.



Terkini dapat peti sejuk mudah alih dari Nescafe. Hadiahnya belum dapat lagi.


Ok, itu saja. Masih lagi menunggu beberapa keputusan peraduan yang saya masuk sebelum ini. Lepas Raya baru nak aktif semula. Harapnya masih ada lagi rezeki untuk saya. Doakan saya!

No comments: