Wednesday, July 15, 2015

Gunung Jerai, Memang Cantik!

Tak terlintas di fikiran satu hari nanti saya akan sampai ke puncak Gunung Jerai. Lepas habis makan kenduri di Gurun, kami ke kawasan kaki Gunung Ledang. Bila nampak saja ada resort di atas, terus saya ajak Huzein tengok-tengok kawasan resort. Maklumat berkenaan resort boleh KLIK DI SINI

Maka naiklah kami ke atas. Ingatkan dekat saja. Rupa-rupanya resort terletak di puncak Gunung Jerai. Perjalanan naik ke atas sedikit menggerunkan. Tapi bila sampai ke atas rasa sangat berbaloi. Sejuk dan sangat tenang. 


Dari sini boleh nampak permandangan sawah padi di bawah. Memang cantik.


Hish, macam-macam gaya ada. Penat ibu berposing. Sudahlah bukan main lagi pakai jubah dress panjat gunung. Maklumlah baru balik dari kenduri.




Memang cantik kawasan ini dibangunkan. Bunga-bunga memang tumbuh mekar dan subur. Resortnya pun cantik.




Masa turun, kami singgah sekejap di Muzium Perhutanan Gunung Jerai. Ada macam-macam juga yang menarik termasuk hasil hutan dan haiwan yang jarang kita jumpa dipamerkan di sini.


Lepas melawat muzium, kami terus turun untuk pulang. Satu pengalaman yang sangat menarik. Memang tak sangka kawasan di puncak Gunung Jerai sangat cantik.

1 comment:

CikLily Putih said...

bestnya gunung jerai, rasa cam teringin nak pi la