Wednesday, July 15, 2015

Ladang Anggur Tasik Beris

Sudah lama saya teringin ke Ladang Anggur Tasik Beris. Tengok dalam gambar nampak tempatnya sangat menarik. Cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga ke sini. Tak dapat nak cuti jauh-jauh sebab Huzein masih sibuk menyiapkan tesisnya pada masa tu. 

Ladang Anggur Tasik Beris ini terletak di Sik, Kedah. 



Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. RM6.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak.




Pintu masuk ke ladang anggur.


Sedikit teruja melihat pokok anggur yang menjalar di atas kepala. Walaupun tak sehebat di luar negara, tapi masih lagi menarik. Jom jalan-jalan sekitar ladang anggur.








Anak-anak saya yang sentiasa aktif dan ceria setiap masa.



Ini kawasan rehat yang disediakan di sini. Kami berhenti lepak sekejap sebab hujan turun agak lebat juga.




Sambung berjalan-jalan sekitar ladang.


Dah namanya ladang anggur, mestilah tengok buah anggur sesaja.









Percubaan mengambil gambar sendiri. Oh, agak gemuk di situ!


Saya dan Haziq. Sikit hari lagi mesti Haziq lagi tinggi dari ibunya.


Sambung lepak sebab hujan turun makin lebat.



Mulalah buat macam-macam gaya sebab dah boring menunggu hujan berhenti.






Hafiy nampak sangat boring.


Bila hujan makin reda, kami pun keluar dari kawasan ladang.


Sempat lagi bergambar sambil tunjukkan Hafiy anggur.



Ini suasana di luar kawasan ladang.








Tiba-tiba hujan lagi, terpaksalah berlari dalam hujan.




Kami singgah di kedai menjual cenderamata di situ. Kami cuma beli fridge magnet dan anggur hijau. Saja nak merasa anggur Tasik Beris. 







Lepas beli barang di sini, kami redah hujan lagi ke kereta untuk keluar.

Di bawah antara gambar yang di sekitar Tasik Beris. Cantik, sejuk mata memandang. Tempat ini memang menjadi tumpuan kaki pancing. Ada juga resort di sekitar ini.



Nampak tak orang sedang memancing tu?


Kalau ke Sik, Kedah, bolehlah datang melawat Ladang Anggur Tasik Beris. Mesti anak-anak suka. 

No comments: