Friday, July 24, 2015

Raya 2015

Enty Raya 2015 dimulakan dengan gambar Lebai Hafiy dan baju gedobosnya. Kesian Hafiy sebab baju besar. Sudahla badan tu jenis kecik molek. Tapi hensemnya sudah pasti. 


Siap pakai ketayap tak lepas tu. Dengan bulu mata lentik, pergh...memang kacak!


Raya pertama tahun ini kami sekeluarga beraya di rumah mak saya di Penang.

Hana mengendeng abahnya duit raya.



Lepas sembahyang raya, seperti biasa acara bermaaf-maafan. Haziq bersalaman dengan Huzein.


Baru nak mula dah kena kacau dengan Hadif. Rumah saya memang meriah dengan anak-anak. Kadang-kadang tak larat bertempik. Kadang-kadang jenuh bergelak.


Ok, keadaan dah terkawal. Jadi dapatlah Haziq bersalam dengan aman.


Kemudian giliran Hadif pula.


Seterusnya Hana Alesya. Kena warning apa tu dengan abah?


Last sekali Hafiy.


Oh, isteri siapa tu yang sungguh solehah? Huzein masih lagi nampak bergaya walaupun memakai baju melayu berharga RM29.90.


Giliran anak-anak bersalaman dengan saya pula.





Tiba-tiba saja ada iklan. Tak ingat apa yang berlaku. Mungkin masa ni budak-budak datang beraya.



Hana siap buat 'peace' lagi.


Hafiy yang comel sokmo.



Buah hati, pengarang jantung. Anak syurga saya.



Penat saya tersengih nak pastikan gambar cantik. Tapi semua sibuk buat hal masing-masing. Ini sajalah gambar yang senonoh. Gambar kami sekeluarga berenam tak ada.



Petang tu ramai mak dan bapa saudara yang datang berkumpul di rumah mak. Meriahlah dengan budak-budak.


Hana Alesya, Qaisara dan Kasih.


Qaisara cute saja mengacau Hadif yang nak bergambar dengan Alif.


Hadif dan Alif, anak sepupu saya. Sama umur mereka, darjah 1.


Raya kedua, kami bertolak pagi ke Ipoh untuk beraya bersama keluarga mertua.



Raya ketiga, ramai sanak-saudara berkunjung ke rumah mertua. Seronok berkumpul ramai-ramai sambil makan-makan dan bergosip.





Hana Alesya yang sudah tercabut tudungnya.


Saya bersama adik ipar, mak saudara dan sepupu.


Raya tahun ini raya anggap raya edisi simple dan berjimat. Yang penting dapat jumpa sanak-saudara dan bermaaf-maafan.

4 comments:

Khalid Kyle said...

comel je yg pakai kopiah tu , btw Selamat Hari Raya buat sis sekeluarga :)

IQ = Iez Qis said...

meriahnya raya! tema kelabu agi tuuuu

Aishah Megahasz said...

Khalid: Terima kasih

IQ: Tahun ni temanya grey dan peach :D

MommyRazim said...

ok dah ni gambaq kalo hat Aula memang takdak tahun depan cuba lagi hehehe.. Selamat Hari Raya Aisyah