Wednesday, July 15, 2015

Restoran Anjung Muara, Tanjung Dawai

Balik dari Tasik Beris kami ke Tanjung Dawai. Nak mencuba makan ikan bakar di sini. Kami ke Restoran Anjung Muara. 




Tempat display pelbagai makanan laut. Pilih saja mana yang berkenan.


Ikan-ikan yang bakal dibakar malam itu.



Hasilnya selepas dibakar. Sedap sangat. Tak tahulah sebab perut tengah lapar atau apa, tapi memang sedaplah.


Hidangan sampingan, ketam.


Anak-anak yang tak sabar nak makan.



Hadif makan ketam siap bergaya ala-ala superhero. Ketaman kot?



Tu dia, saya yang tengah kelaparan makan begitu berselera. Naik penimbang tengok berat makin naik terus menyesal.


Kawasan belakang restoran. Boleh pilih untuk makan di dalam restoran atau di dalam pondok di kawasan belakang restoran.


Makanan di sini memang sedap-sedap. Anak-anak pun suka. Tak rugi mencuba. Kalau ada kesempatan memang saya akan ke sini lagi.

No comments: