Wednesday, August 5, 2015

Anugerah Kecemerlangan 2015

Alhamdulillah tahun ini saya berkesempatan lagi menghadiri Majis Anugerah Kecemerlangan 2015, Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Haziq dan Hadif bakal naik ke pentas untuk menerima hadiah. Tahun ini majlis diadakan di Dewan Institut Latihan Perindustrian. Mungkin untuk keselesaan ibubapa yang hadir sebab dewan sekolah kecil. 

Walaupun majlis belum bermula tapi orang sudah ramai memenuhi dewan. Memandangkan tempat duduk sudah penuh, saya duduk saja di tangga berdekatan dengan Haziq. 

Masa ni tengah belek-belek buku program. 


Sambil dengan ucapan.




Hafiy tidak sihat, deman. Tapi Hafiy sangat baik, lansung tak meragam.




Hana Alesya.


Hadif duduk di bawah.


Ibubapa memang ramai yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak.



Sempat lagi buat 'peace' bila Huzein ambil gambar dia.


Selepas ucapan, acara dimulakan dengan nyanyian nasyid.


Masa ni Hadif sudah bersiap sedia menunggu giliran ambil hadiah. Penyampaian hadiah dimulakan dengan pelajar Pra sekolah,  Tahun 1, Tahun 2 dan seterusnya.



Hadif naik ke pentas.


.... dan menerima hadiah.


Kali kedua beratur untuk ambil hadiah Tokoh Akademik Tahun 1.



Penat jugalah menunggu giliran Haziq pula sebab hadiah diberi mengikut tahun. Nasib baik bawa biskut Tiger dalam beg, dapat jugalah mengunyah-ngunyah.


Haziq bersedia di atas pentas untuk namanya dipanggil menerima hadiah.



Sempat lagi tunjuk abahnya yang tengah ambil gambar.


Posing lawa-lawa skit sebab abah tengah ambil gambar.


Anak-anak bergambar dengan hadiah yang mereka dapat; sijil dan juga wang tunai. 




Saya minta Huzein ambilkan gambar dengan anak-anak.



Selepas penyampaian hadiah untuk Tahun 4, ada acara persembahan sebelum penyampaian hadiah untuk Tahun 5 dan 6.


Kami semua malas nak menunggu semua acara selesai sebab rasanya mesti lambat lagi habis. Lagipun Hafiy tak berapa sihat. Baik balik rumah supaya Hafiy dapat tidur dengan selesa.


Bergambar kenangan sebelum pulang.


Hadif sudah masam sebab kena bergambar banyak kali.


Bila saya cakap nanti gambar tak lawa jangan marah ha.... Terus dia senyum.


Syukur atas rezeki dan kurniaan ini.


Harapnya Haziq dan Hadif akan terus berusaha untuk kekal berjaya. 

5 comments:

MommyRazim said...

Wahh tahniah.. syukur semoga Anak Aula pun bisa berjaya macam HAziq dan hadif Ameen

AyuArjuna BiGoshh said...

seronokkan bila anak2 berjaya...

tahniah keduanya

yoorin melacolea said...

seronok tengok anak org lain dah sekolah..dapat anugerah cemerlang pulak tu,.. hehehe..seronok!

yanie yusuf said...

wahh bestnya..tahniah ..seronok tengok..

Aishah Megahasz said...

Alhamdulillah, terima kasih semua.