Wednesday, August 26, 2015

Little Star On Stage

Pada 15 Ogos 2015, bertempat di Mydin Bertam telah berlansung program Little Star On Stage untuk pelajar-pelajar di Rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz Iman. Jadi Haziq dan Hadif turut serta dalam program tersebut. Penuh sesaklah Mydin Bertam dengan kehadiran ibubapa yang ingin melihat persembahan anak-anak.

Acara dimulakan dengan ucapan Pn. Atikah (lupa nak ambil gambar) dan juga ucapan daripada wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.



Hadif dan kawan-kawan bersedia untuk persembahan.



Haziq dan kawan-kawan berkumpul di kawasan lain di dalam Mydin Bertam sebab persembahan dia lambat lagi.



Pengacara majlis boleh tahan bergaya.


Ramai ibubapa yang hadir memberi sokongan.


Saya dan Hafiy yang terlebih riang. Bak kata Huzein, terlebih makan Kit-Kat.



Acara bermula, jadi kami tumpukan perhatian ke tengah pentas.


Persembahan dimulakan dengan tarian dan nyanyian pelajar Tadika 6 tahun.


Sukanya dia orang ambil gambar.


Persembahan Hadif adalah persembahan kedua. Masa ni baru naik ke pentas.



Bersedia untuk persembahan.


Hadif offer diri untuk pegang mikrophone. Bukan main lagi kuat suaranya menyanyi. Hadif dan kawan-kawan menyanyikan lagu berkenaan Khalifah Al-Rasyidin.


Persembahan Haziq no. 4. Masa ni dia sudah berjalan ke tepi pentas untuk bersedia.


Persembahan no. 3 adalah Tarian Zapin oleh pelajar 5 tahun. Comel saja tengok mereka menari.


Habis tarian, Haziq dan kawan-kawan naik ke pentas. Persembahan Haziq dan kawan-kawan adalah lagu Al-Nuraa (nyanyian asal Mawi & Hazama feat Daly Filsuf)




Selesai persembahan kami terus cabut tak tunggu habis semua persembahan sebab nak balik ke Ipoh.

No comments: