Wednesday, August 26, 2015

Edisi Makan-Makan Meraikan Kejayaan

Malam itu, semasa balik ke Ipoh, kami keluar makan beramai-ramai. Ini sempena meraikan Birthday dan juga selesainya pengajian Huzein. Kami ke Restoran Hadramaout Paradise untuk mencuba makanan Arab di sini. Tempahan tempat telah dibuat awal oleh adik ipar saya.

Bila sampai saja terus belek menu. Order cepat-cepat sebab perut sudah lapar.




Hana Alesya, Umar (anak saudara saya) dan Opah.


Hadif dan Haziq.



Yati (adik ipar saya), Atok dan Hana Alesya.


Hafiy yang riang ria tak sabar nak makan nasi Arab.


Eh, pandai pulak Haziq selfie.


Makanan sudah sampai. Kami order hidangan campuran nasi Arab (ada nasi Mandy, Kabsa dan entah apa lagi nasi dalam tu). Dihidangkan bersama dengan ayam dan kambing.



Kebab dan kentang goreng.


Roti arab (sudah lupa namanya). Saiz berganda besarnya dari roti canai.


Salad Arab. Ada macam-macam dalam tu termasuk timun, tomato, epal, buah zaiton dan capsicum.


Sebelum makan, Ustaz Hadif bacakan doa dulu.


Tunggu apa lagi, jom menjamu selera.



Makan memang sedap-sedap terutamanya nasinya. Hadif yang sudah makan pun bertambah-tambah makan. Hafiy pun makan banyak.

Makan-makan ini juga untuk meraikan Haziq dan Hadif yang masing-masing dapat nombor 1 dalam peperiksaan di Pra-Tahfiz. Semoga dapat kekalkan prestasi.

Sebelum balik, kami bergambar kenangan di luar restoran.



Dapatlah semua bergambar sekali lepas seorang staf di situ baik hati offer untuk ambilkan gambar.



Kalau berminat untuk makan di sini boleh buat tempahan di nombor di bawah.