Thursday, August 27, 2015

Update Hadiah Skit

Memandangkan sejak dari bulan puasa kurang sangat masuk contest, jadi hadiah yang diterima adalah 2-3 ketul sahaja.

Jaket Mat Kool. Rugi pula rasanya bila hantar 1 entry saja. Kalau tidak boleh anak-anak dapat seorang 1.


Periuk mahal dapat dari contest Prego AEON. Kawan-kawan ramai yang sudah pergi collect. Saya tak dapat SMS. Nasib baik penganjur sudi poskan hadiah kepada saya. TQ Joan.
Gambar periuk lupa nak ambil.


Ini pen yang di redeem dari Program Penebusan Go Jer Nescafe. Dapat banyak. Jadilah. Sesuai untuk tulis-tulis borang contest.


Ini hadiah tiba-tiba saja dapat daripada Dutch Lady. Besar kotaknya. Hadiah Hari Raya dari Dutch Lady. Di dalam kotak ada set pinggan mangkuk jenama Claytan dan juga sebungkus susu Dutch Lady.




Hadiah blender yang sangat sesuai untuk buat jus daripada majalah keluaran Karangkraf. Tak dapat surat, tiba-tiba saja hantar blender ini. Terima kasih.


Ok, itu saja. Bila hadiah besar nak mai?

2 comments:

aula Mommy Razim said...

aishah bertuahnya awak..
kena rajin juga nampaknya nak kena join contest


Wanita dikecam kerana Jerawat

Aishah Megahasz said...

Aula: Sikit-sikit saja dapat. Orang lain dapat lagi banyak dan hebat-hebat hadiahnya.