Monday, September 14, 2015

Ke Bukit Bendera Ke Kite?

Nak jalan-jalan ke Korea atau Indonesia macam Wak Doyok tak mampu, jadi kami ke Bukit Bendera sahaja.

Anak-anak bercuti sekolah sempena UPSR. Jadi saya pun ambil cuti sekali, bawa mereka berjalan-jalan. Mulanya bercadang nak ke Bukit Merah untuk mandi-manda. Tapi cuaca tak berapa elok, hujan. Jadi kami ke Bukit Bendera atas cadangan Hadif. 

Itupun kelabu asap nampaknya permandangan.

Selepas beli tiket, kami tunggu giliran untuk naik keretapi. Orang tak ramai sangat, jadi tak perlu menunggu lama.




Dalam keretapi. Nampak tu Hadif tengah baca doa naik kenderaan.


Suasana dalam keretapi.


Akhirnya sampai kami ke atas. Sekejap saja, rasanya dalam 10 minit saja perjalanan naik ke atas.




Kedatangan kami disambut oleh sekumpulan monyet. Seram you, berebut-rebut makanan monyet ni. Takut saya nak jalan dekat.



Posing sekeping dua sebelum berjalan ke atas.



Hai incik monyet! Sila jangan dekat, saya takut.


Suasana di bawah nampak berkabus. Bukit Bendera sudah banyak berubah. Nampak lebih cantik dan teratur dari sebelum ini.



Ok, berhenti bergambar lagi.



Huzein suruh saja anak-anak berposing. Macam-macam gaya mereka beri.





Si kecik ni pun sporting bergambar.




Dengan Hafiy sekali terbang.




Ini hanya lakonan semata-mata. Permandangan di bawah memang tak nampak sebab berkabus, jadi anak-anak cuma berlakon seolah-olah tengah tengok permandangan di sekitar Pulau Pinang.



Jom naik atas lagi.


Ibu dah tak larat nak dukung Hafiy, jadi abah pula mendukung.


Lawakan?


Sekitar Bukit Bendera.





Dulu masa saya datang, Owl Museum masih lagi dalam pembinaan. Sekarang sudah dibuka untuk orang awam.





Tapi kami tak masuk pun ke dalam Owl Museum. Kalau tak silap tiket masuk RM20 untuk dewasa. Kanak-kanak percuma.

Kami cuma lepak-lepak sambil tengok pengunjung di sini sambil ambil gambar.





Bila bergambar di sini terus teringat drama Cik Bunga, Encik Sombong.


Ish, ala-ala dekat Koreakan? Boleh berangan sajalah.



Hafiy pun dah boring sebab asyik disuruh berposing.


Hadif lagilah.


Sibuk je baca message cinta orang lain.




Kami naik ke atas kawasan masjid. Tapi masjid tidak di buka. Bersebelahan dengan tu ada kuil.




Ada meriam dekat sini. Lupa nak baca sejarahnya.


Anak-anak nampak taman permainan terus serbu.



Saya berehat sambil beri Hafiy minum susu. Hafiy nampaknya sudah lali mahu tidur.



Kami turun ke bawah. Masa ni Hafiy memang sudah mengantuk sangat. Tapi Hafiy baik sangat, tak meragam. Tiba-tiba saja terlentok terlena.


Hana Alesya suka sangatlah dapat bergambar dekat Ana dan Elsa.




Aiskrim dekat sini tersangatlah mahal, RM6. Kalau murah nak jugalah belanja anak-anak.


Masa kami turun, cuaca dah kembali cerah. Tak ada kabus. Jadi dapatlah tengok permandangan sekitar Pulau Pinang. Teropong ni dapat digunakan selama 2 minit dengan bayaran RM1.





Beratur tunggu giliran untuk naik keretapi turun dari Bukit Bendera.


Hana Alesya yang happy dapat jalan-jalan.




Dah sampai ke bawah.



Sempat lagi bergambar di bawah. Mungkin 3-4 tahun lagi kami boleh datang lagi ke Bukit Bendera. Boleh tengok perubahan apa lagi yang ada di sini. 

No comments: