Tuesday, September 15, 2015

Lukisan Dinding 3D (Penang Street Art)

Kalau ke Penang mesti ramai yang teringin nak bergambar dengan lukisan dinding 3D. Saya ajak Huzien ronda-ronda cari lukisan ini. Susah jugalah nak jumpa kesemuanya sebab semuanya tidak berada di tempat yang sama.

Pertama yang kami jumpa adalah lukisan budak naik basikal. Kena ambil gambar cepat-cepat sebab ramai pelancong menunggu giliran untuk bergambar. Aksi pertama tidak begitu kena sebab lukisan terlindung. 




Antara pelancong yang sedang menunggu giliran bergambar.


Aksi kali kedua, barulah kena. Baru nampak lukisan.



Hafiy dan ibu. Kesian Hafiy, letih ke sana ke mari. Tapi sikit pun tak meragam.


Sedikit perkongsian suasana sekitar.





Lukisan kedua yang kami jumpa adalah gambar kucing.



Ini yang ketiga. Itupun semua dah malas nak turun dari kereta. Cuma saya dan Haziq yang turun. Gambar Haziq saya ambilkan.


Ada banyak lagi sebenarnya lukisan dinding 3D di sini. Tapi malas nak mencari dan kawasan parking pun susah sikit. Sebab itulah ramai yang menyewa basikal untuk ronda-ronda.

No comments: