Friday, September 11, 2015

Sambutan Hari Lahir Hana Alesya di Puncak Mutiara

28 Ogos 2015 genap usia Hana Alesya 8 tahun. Kami cuma buat sambutan kecil-kecilan di Puncak Mutiara. Selesa makan di situ dengan anak-anak yang ramai ni.

Sebelum ke Puncak Mutiara, kami singgah beli kek. Malas nak beli kek deco kartun-kartun. Bukan sedap pun. Inilah kek Hana Alesya. Huzein pun celebrate birthday bulan Ogos. Tapi saya terlupa nak tulis nama dia di atas kek. Jangan marah ya bang!




3 orang anak saya yang sudah besar-besar belaka. Tahun depan Hana Alesya sudah masuk darjah 1. Cepat betul masa berlalu.



Hafiy pun makin sihat dan membesar bagai johan. Ibu pun makin membesar, seram nak ambil gambar. Sudah malas dan letih nak diet. Tapi untuk kenangan, ambil sajalah gambar.


Hadif Syahmi bukan main lagi bergambar. Macam sambut birthday dia pulak.




Macam nilah anak-anak saya. Memang meriah!




Hafiy Jazmi masih lagi tenang ketika ini.


Tapi dia terus teruja bila tengok lilin atas kek dan terus nak terkam kek. Jadi terpaksalah pegang tangan Hafiy untuk mengawal keadaan. Kalau tidak haruslah huru-hara gambar kami.


Muka Hafiy sudah masam.


Hafiy pun menangis sebab tak dapat menunaikan hasrat di hati.


Hana dan Huzein celebrate birthday dalam bulan yang sama. Dia pun anak manja abah.



Ok, makan sudah sampai. Beef steak untuk birthday girl.


Nasi beriani untuk Haziq Fahmi.


Ini memang sedap, chicken wing ala Vietnam. Berebut-rebut anak makan walaupun sedikit pedas.


Sup kambing pun sedap. Hafiy suka.


Ini saya punya, kambing dengan pasta.


Makan penuh berselera.



Suka betul Hafiy.


Tengok stylo tak rambut Hafiy. Gunting di kedai. Toknya yang bawa ke kedai. Rasanya sudah 3-4 kali dia gunting rambut di kedai tersebut. Percuma pulak tu. Terima kasihlah taukeh kedai. Mudah-mudahan murah rezeki awak.


Bye Puncak Mutiara, nanti kami datang lagi.


Happy Birthday Hana Alesya. Semoga tercapai cita-cita dan menjadi anak yang solehah (atau Puteri Solehah bak katanya). Amin.

No comments: