Thursday, October 8, 2015

Al-Harraz House Of Murtabak

Kalau teringin nak makan murtabak yang sedap, boleh singgah di Al-Harraz House of Murtabak. Terletak di Bertam, Kepala Batas (di belakang Sunshine Bertam). Ini merupakan kunjungan kali kedua kami ke sini. 





Hadif dan Haziq pesan nasi lemak. Sambal letak asing, biasalah takut pedas.


Huzein punya nasi beriani. Dihidang bersama kuah dal dan ayam.


Saya, Hana dan Hafiy makan murtabak. Kami pesan murtabak ayam dan daging. Paling sedap murtabak daging.


Ok, jom makan.




Hafiy asal nampak air saja terus tak mahu makan. Terpaksalah makan bersulamkan air. Itupun tak bagi dia hisap sendiri sebab mesti hisap banyak-banyak dan keluarkan semula. Habislah basah baju nanti.


Comot sebab berselera makan murtabak. Tapi masih lagi nampak comel.



Kalau nak makan murtabak yang sedap bolehlah ke sini. Makanan lain biasa-biasa saja bagi saya cuma murtabaknya yang paling best. Terutamanya murtabak daging. Selamat mencuba!

No comments: