Thursday, October 8, 2015

Celebrate Birthday Umar & Imaan di Puncak Mutiara

Wah, sesekali berkumpul ramai-ramai memang meriah! Buat Puncak Mutiara tu macam rumah sendiri. Mohon maaf ye akak-akak dan abang-abang di pondok sebelah. Kami teruja!

Balik dari Perlis (selepas konvokesyen Huzein), malam itu kami berkumpul ramai-ramai untuk makan besar sempena meraikan birthday Umar dan Imaan. Bising tak boleh nak habaq! Maklumlah anak-anak ramai dan macam-macam perangainya. 


Sebab dah ramai sangatkan, acara pilih makanan pun berlansung agak lama.




Berkerut-kerut dahi nak pilih apa nak makan.




Siap ada gaya Ultraman lagi.


Finally semua dapat pesan makanan idaman masing-masing. Lepas itu cara potong kek meraikan Umar dan Imaan. Seronok bukan main dapat potong kek.






Makan kek sambil menjamu selera, memang best!




Ops, sebelum makan jangan lupa baca doa dulu. Doa dibacakan oleh Atuk.


Lepas makan kena ke kaunter bayaran. Makan-makan ditaja oleh Paksu.


Macam-macam gaya pun ada bila bergambar.


Sempat lagi ambil gambar merapu depan Puncak Mutiara.



Alhamdulillah, seronok sesekali berkumpul ramai-ramai begini. Kecoh memang kecoh tapi bila anak-anak dah besar (dan bila saya dah tua nanti) inilah cerita yang bakal diulang semula buat kenangan.

No comments: