Thursday, October 1, 2015

Konvokesyen

Akhirnya selepas 4 tahun, Huzein berjaya menghabiskan pengajiannya dan dapat berkonvokesyen pada tahun ini juga. 

Konvokesyen Huzein jatuh pada hari Sabtu, 19 September 2015. Sidang pertama dan berlansung pada waktu pagi. 


Konvokesyen kali ini saya berpeluang untuk masuk ke dewan bersama bapa mertua. Anak-anak saya mak mertua saya yang tolong jagakan. Seawal jam 7.30 pagi kami bertiga berangkat ke UNIMAP. Sebelum masuk dewan, ambil gambar barang sekeping dua di luar dewan. 



Saya dan bapa mertua masuk ke dalam dewan lebih kurang jam 8.15 pagi.


Kami duduk di barisan depan sekali untuk tetamu. Paling depan adalah semua graduan yang bakal naik ke pentas menerima ijazah.



Letih betul menunggu. Program berjalan sungguh lambat.

Perarakan graduan masuk ke dalam dewan.




Kemudian barulah perarakan jemputan kehormat termasuk Raja Perlis ke dalam dewan.


Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu rasmi UNIMAP.


Penyampian ijazah dimulakan dengan graduan Doktor Falsafah.


Rasa terharu bila dapat tengok Huzein. Saya tumpang berbangga. 4 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Sedikit sebanyak saya merasakan kesusahan dan kepayahan dia untuk menghabiskan pengajian.




Selesai acara lebih kurang dalam jam 12.00 tengahari. Raja Perlis pun berangkat meninggalkan majlis.



Bila kami semua keluar, semua ahli keluarga yang lain sedang menunggu di luar. Sian Hafiy kena tinggal dengan Opah.



Kami ambil gambar sekeluarga dalam keadaan tak terurus. Cuaca sangat panas ditambah dengan Hana Alesya yang meragam sebab nak naik stroller Hafiy. Aduh! boleh hilang sabar dibuatnya.


Ambil gambar dengan mak dan abah.


Saya dan Huzein. Membesar bagai johan keduanya.


Terima kasih pada Nora & Maidy juga Yati & Izwan dan anak-anak saudara yang datang dari jauh memberi sokongan.




Kami semua balik ke Penang petang itu juga.

Hari Isnin, 21 September 2015 kami berlima ke Perlis semua bagi tujuan menghantar jubah konvokesyen. Sebelum hantar jubah, ambil peluang bergambar puas-puas dulu.


Terima kasih pada akak guard yang tolong ambilkan gambar ni.


Macam-macam gaya saya suruh Huzein dan anak-anak buat. Ambil peluang untuk bergambar sepuasnya.




Comel saja gambar Hana Alesya.


Kami diberi kebenaran oleh akak guard untuk masuk ke dalam dewan untuk bergambar. Dewan dalam proses dikemaskan selepas konvokesyen berakhir.



Tapi kami sekejap saja di dalam dewan. Anak-anak membuat huru-hara dan hampir-hampir nak naik duduk di atas bangku khas untuk raja. Nak luruh jantung ibu dibuatnya.


Gambar terakhir hari itu.

Semoga tercapai semua impian dia selepas ini.

No comments: