Thursday, October 8, 2015

Lagi Sihat Lagi Happy, Saya Memang Happy!

Peraduan Lagi Sihat Lagi Happy berlansung sehingga 30 September 2015. Mungkin ramai yang perasan berkenaan peraduan ini kerana bayak kali keluar iklannya di TV. 




Saya teruja nak masuk peraduan ini bila tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Kalau dapat hadiah saguhati pun cukup berbaloi bagi saya.

Alhamdulilah, nama saya tersenarai antara pemenang hadiah utama untuk minggu ke-3. Hadiahnya adalah baucar bernilai RM12 ribu.

Selepas menghubungi pihak yang mengendalikan peraduan ini, saya dimaklumkan akan diberi baucar Mydin kerana resit yang saya hantar untuk peraduan ini dari Mydin.

Saya memang happy sangat-sangat sebab dapat jimat duit dapur dengan banyaknya. Selain itu boleh juga beli kelengkapan sekolah anak-anak untuk tahun depan. Saya anggap ini semua rezeki untuk anak-anak saya.

Nanti bila dah sampai baucarnya saya kongsikan lagi di blog ya!