Thursday, October 8, 2015

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Saya baru tahu di Utara juga terdapat Pusat Sains Negara. Cuti sekolah yang lepas, selain menghadiri majlis konvokesyen Huzein, kami juga melawat ke sini.

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara terletak di Alor Setar, Kedah. Tempatnya berdekatan dengan Muzium Padi dan juga Taman Rekreasi Gunung Keriang. 



Selamat datang! Cuti sekolah, ramai jugalah yang datang melawat.


Anak-anak saya yang excited nak tengok apa yang ada di sini.


Masuk ke sini adalah percuma. Tetapi sekiranya ingin masuk ke Pameran Bertema - Ledakan Kreativiti bayaran yang dikenakan adalah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Pameran ini berlansung sehingga 30 Mei 2016.



Jom masuk melawat!



Suasana di sini lebih kurang macam Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur dan juga Petrosains. Permainan yang ada di sini juga sama.




Hafiy dan ibu yang terlebih makan Kit Kat. Manis!



Percubaan berlakon seolah-oleh terkena renjatan elektrik.



Hafiy suka sangat dengan lampu berwarna-warni ni.


Percubaan Hadif menjadi halimunan.


Haziq terus tak nampak rupa.


Percubaan menakutkan orang lain.


Tergelak tengok gambar sendiri di cermin. Sekejap kurus, sekejap gemuk.



Anak-anak saya memang enjoy sepanjang berada di sini. Macam-macam permainan yang mereka boleh cuba.



Hafiy pun sama seronok.




Merasai bagaimana rasanya bila gempa bumi berlaku. 






Hana Alesya minta gambarnya diambil dengan gambar bunga.



Akhirnya jumpa juga tempat yang sesuai untuk Hafiy bermain. Saya pun lega sebab dapat duduk lepak di sini.




Haziq dan Hadif layan bermain di kilang bijih.



Suasana di sini.





Hana Alesya gigih nak memanjat walaupun pakai kain.


Hafiy masih lagi sibuk bermain di kawasan baby.



Sebab dah lama sangat duduk di dalam khemah mainan baby, Huzein bawa Hafiy keluar.


Ajak Hafiy main komputer pula.



Chewah, macam pandai-pandai pula Hafiy ni.



Tak habis-habis lagi di kilang bijih anak-anak saya ni.


Bila saya cakap, Pusat Sains sudah mahu ditutup, barulah Haziq dah Hadif minta ambil gambar mereka yang terakhir di sini.




Kami bergerak turun untuk keluar dari Pusat Sains Negara.


Di luar Pusat Sains Negara dapat tengok kawasan yang semak ini. Mungkin tempat ini nak dibuat resort, tapi tak jadi dan terbengkalai.


Berdekatan ada Muzium Padi. Hajat di hati memang teringin melawat tapi muzium sudah ditutup waktu kami sampai.




Berdekatan juga ada Pusat Rekreasi Gunung Keriang.  Kami hanya lalu dan ambil gambar dari jauh sahaja.



Rasanya kalau nak ke Gua Gunung Keriang boleh naik melalui menara ini. Ada rezeki mungkin kami boleh datang lagi ke sini untuk tengok apa yang ada.



Perjalanan kami diteruskan ke Perlis. 

No comments: