Thursday, October 8, 2015

Raya Haji 2015

Kami sekeluarga menyambut Raya Haji 2015 dengan sederhana sahaja. Hari Jumaat, hari raya kedua saya sudah bekerja. 

Raya pertama kami sambut di Ipoh. Seperti biasa, pagi selepas solat raya adalah acara bersalam-salaman. 






Hafiy yang riang-ria.


Hafiy dah pandai bersalaman.


Giliran saya bersalaman dengan suami.


Kami bergambar beramai-ramai selepas itu. Buat kenangan.



Gambar saya sekeluarga. Alhamdulillah, sederhana tapi sempurna bagi saya.



The girls. Hana Alesya tak mahu turut sama. Merajuk apa entah.


The boys.



Tahun ini kami tak berkesempatan ke masjid untuk tengok lembu dikorbankan. Sebabnya, petang itu kami pulang ke Penang untuk beraya di rumah mak saya pula. Jumaat saya sudah mula bekerja.

No comments: