Thursday, October 8, 2015

Tentang Hadiah

Lama tak update pasal hadiah yang saya dapat. Dapat sikit-sikit saja, jadi tunggu bila dah banyak update sekaligus.

1) Menang hadiah mingguan (minggu pertama) untuk peraduan Indocafe. Dapat voucher percutian 2 hari 1 malam. 


Vouchernya sudah saya ambil di pejabat cawangan Indocafe di Pulau Pinang. Belum lagi decide nak bercuti ke mana (ada beberapa pilihan hotel seluruh Malaysia). Kalau tak silap tarikh akhir boleh book adalah bulan Ogos 2016, lambat lagi. 


2) Beg dari Peraduan Mat Kool. Saya hantar 1 penyertaan sahaja, tetapi menang 2 beg. Wah, sungguh beruntung. Dapatlah Haziq dan Hadif seorang satu. Kalau tak mesti berebut. 


3) Voucher spa dan T-Shirt dari majalah Shape. Hadiah sudah diambil tetapi lupa nak ambil gambar.


4) Daviny Yoga Bag dari majalah Shape.


5) Barangan Disney dari majalah Pa&Ma. Ini saya beri pada Hana Alesya sebab dia memang suka kartun Sofia The First (ada beg, buku, rantai, bekas pensel dan sapu tangan)


Itu sajalah kali ini. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :D .

No comments: