Wednesday, November 18, 2015

Berjimba Di Hard Rock Hotel Penang

Sempena meraikan ulangtahun kelahiran saya dan Haziq Fahmi pada bulan Oktober, kami sekeluarga berjimba di Hard Rock Hotel Penang. Lambat kami celebrate sebabnya anak-anak sibuk dengan peperiksaan akhir tahun. Lepas anak-anak dapat keputusan peperiksaan baru boleh belanja tidur hotel. 

Sebenarnya saya sudah lama teringin nak bermalam di sini. Tunggu menang contest tak menang pun. Akhirnya pergi sendiri, suamiku encik bos yang belanja. Hotel ni famous, teringin nak tengok dalamnya macamana.

Anak-anak seronok bukan main. Sampai saja di hotel terus sibuk nak pergi mandi kolam. 



Bilik boleh tahan besar. Selesalah untuk kami anak-beranak. 



Cutekan gitar ni? Sulaman dekat bantal tidur. 



Selfie jamban sekali buat kenangan. 


Memandangkan anak-anak sudah tidak sabar nak mandi kolam, kami turun ke bawah. Kali ni saya tak mandi sama. Huzein yang layan anak-anak. Saya layan tengok mat saleh seksi berjemur di tengah panas. 


Hafiy seronok berenang macam pandai sangat berenang. 



Main pasir. Dalam kolam kanak-kanak memang ada pasir di dasarnya. 



Haziq semakin pandai berenang. Boleh saja berenang di kolam dewasa. Tapi masih lagi dalam pemantauan saya. Takut jugalah kalau apa-apa jadi. 


Bilik kami memang berhadapan dengan kolam renang. Gambar diambil dari balkoni bilik. 



Hari kedua, lepas sarapan di hotel, anak-anak sekali lagi turun berenang di kolam. Saya dan Hafiy saja tinggal di bilik. Hafiy tidur, saya ambil kesempatan untuk mengemas barang-barang.

Gambar diambil di lobi sebelum check out. 



Ambil gambar berlima buat kenangan. 




Lobi hotel. Agak sesak hari tu mungkin sebab cuti sekolah dan ramai yang datang menginap di sini. 



Lobi berdekatan dengan kolam renang. Kalau nak ke kolam perlu melalui lobi. Di pintu tu sentiasa basah dan berpasir. Kesian jugalah dengan pekerja yang perlu sapu dan lap bersih di kawasan hadapan pintu. Lagi-lagi time orang ramai. 




Boleh sewa basikal kalau mahu ronda-ronda.


Teens Club di Hard Rock Hotel. Haziq dan Hadif lepak di sini sambil main game dan tengok movie malam tu. Saya, Huzein, Hana dan Hafiy keluar jalan-jalan ke pasar malam Batu Feringgi.




Lepas check out kami bergambar kenangan di depan hotel.



Gigh juga nak bergambar seorang diri. Haziq yang tolong ambilkan gambar. 



Haziq dan Hadif. Macam-macam gaya mereka beri. Eh, mana Hana Alesya?





Tu dia, tengah merajuk. 


Ibu malas nak layan, pergi ambil gambar lagi dan lagi. 


Last-last abahnya yang pujuk dan ajak ambil gambar. Itu pun muka tak berapa nak comel, masam. 


Hadif tak habis-habis bergaya tuan besar. 


Tengok, dah tak comel muka tu. Siapa suruh merajuk?


Hafiy juga yang riang-ria. 



Ambil gambar dengan Maikel Jeksen.



Rock Shop, kedai menjual cenderamata Hard Rock. Macam-macam dijual di sini tapi harganya tersangatlah mahal. 





Melambai Hard Rock Hotel dari kejauhan.


Bagi saya hotelnya biasa-biasa saja. Mungkin akan datang lagi ke sini sekiranya percuma (menang peraduan mungkin?) Tapi kalau duit sendiri baik saya cuba tinggal di hotel yang lain pula. 

No comments: