Wednesday, November 25, 2015

Ihtifal 2015 Pra Tahfiz Iman


Ihtifah untuk tahun 2015 Pra Tahfiz Iman dibuat sekali dengan Tadika Khalifah Intelek. Tahun ini Ihtifal diadakan di Penang Golf Resort. Haziq dan Hadif memanglah teruja nak pergi sebab mereka masuk persembahan. Saya dan suami memang akan pergi memberi sokongan kepada aktiviti anak-anak. 

Hafiy pun datang memberi sokongan. Baik betul Hafiy, tak meragam pun.


Hana Alesya pun datang juga. Sibuk nak pakai dress cantik, tapi tudung sedikit sememeh.


Acara biasanya dimulakan dengan ucapan, bacaan Al-Quran dan laungan azan. Tapi tak ambil gambar.

Acara persembahan pun banyak. Antara yang menarik adalah persembahan tarian silat. Antara persembahan terbaik tahun ini.


Ibubapa pun ramai yang datang memberi sokongan kepada anak masing-masing. Kebanyakkan yang hadir adalah ibubapa kepada pelajar 6 tahun. Maklumlah sudah tamat pengajian dan bakal masuk sekolah rendah tahun depan.



Letih tunggu giliran anak-anak buat persembahan, kami sibuk bergambar. Tak tumpu perhatian sangat pada persembahan di pentas.


Comelnya  Hafiy!


Saya tengok Hadif berjalan ke pentas. Ingatkan persembahan Hadif akan bermula.


Rupa-rupanya Hadif antara penerima hadiah kecemerlangan dalam peperiksaan untuk tahun ini.





Wah, seronoknya dia dapat beg baru!


Haziq pun sama, naik ke pentas hari tu untuk terima hadiah.





Tahniah anak-anak ibu! Saya memang tidak dimaklumkan oleh cikgu mereka yang mereka akan terima hadiah. Cuma datang untuk membuat persembahan. 

Acara seterusnya penyampaian sijil untuk pelajar 6 tahun yang sudah tamat pengajian di sini. Penyampaian sijil dibuat seperti konvokesyen universiti. 



Akhir sekali baru persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar Pra-Tahfiz.




Selesai persembahan, selesailah majlis.



Selepas makan, kami ambil gambar kenangan di pentas utama.





Sempat juga Huzein ambil gambar di kawasan padang golf di Penang Golf Resort. Sejuk mata memandang.




Semoga anak-anak saya terus berusaha untuk berjaya. Tahun ini prestasi pelajaran mereka cukup baik. Harapnya tahun depan akan bertambah baik. Ibu doakan, amin.