Wednesday, November 25, 2015

Made In Penang Interactive Museum


Edisi ronda-ronda Penang kali ini kami ke Made In Penang Interactive Museum. Muzium 3D ini terletak di Pengkaland Weld berdekatan dengan terminal Feri Pulau Pinang. Di Pulau Pinang kalau tak silap saya ada 3 muzium 3D. Ini salah satunya.

Jom tengok apa yang ada di sini. Wow, suasana di sini memang penuh nostalgia!








Sebelum masuk ke sini kena beli tiket dulu. Tiket untuk dewasa RM15.00 dan kanak-kanak RM10.00. Anak-anak siap bawa duit yang disimpan sendiri untuk bayar duit tiket, tapi saya suruh simpan saja. Biar ibu yang belanja.



Jom masuk tengok apa yang ada.


Muzium 3D ni tujuannya adalah untuk ambil gambar menarik dengan pelbagai gaya. Jadi, datang ke sini janganlah malu-malu untuk bergambar ya.

Hadif tengah beraksi sebagai pembuat terompah. Bersungguh benar dia.



Ok, yang ini tak tahu apa fungsinya.


Percubaan pertama Haziq bergambar. Tak berapa menjadi.


Gambar Hadif dan Haziq pegang burung pun nampak tak berapa real.



Kami naik ke tingkat atas. Muzium ini ada 3 tingkat.




Di tepi tangga tingkat 2, anak-anak seronok mencuba Opera Mask. Kamera akan detect muka kita dan topeng opera akan muncul di atas muka.



Tengok sajalah gambar-gambar yang kami ambil di sini. Banyak tak tak berapa menjadi.






Gambar Hadif yang ini nampak ok sikit.








Berhenti berehat sebentar tengok tayangn video.


Sebelum naik ke tingkat 3, try lagi sekali Opera Mask.



Di tingkat 3 boleh cuba layangkan tiket masuk yang dibeli. Nanti akan ada imej (saya rasa bangunan) muncul di skrin. Saya pun tak berapa faham yang ini.



Saya jalan bersama Haziq dan ambil gambar-gambar dia.



Ops, tak sampai!



Di sini juga diberikan contoh bergambar bagaimana untuk bergambar.



Lakonan tak berapa menjadi Hana Alesya.


Saya sibuk menjawab panggilan telefon masa ni. Hafiy tiba-tiba jadi mangsa bergambar.






Saya pun tak pandai berlakon sebenarnya.





Nampak sangat muka letih berjalan.






Monyet comel!









Penat bergambar di sini. Eh, penat ambil gambar anak-anak di sini. Jenuh bagi arahan suruh mereka berposing. Kadang-kadang berposing tak bersungguh. Itu yang gambar tak berapa menarik. 

Kalau datang ke sini jangan malu-malu bergambar tau!

No comments: