Wednesday, December 2, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Hari ini Haziq Fahmi menghadiri kelas robotik di Perpustakaan Cawangan Bertam. Sebenarnya saya nak daftarkan Haziq dan Hadif, tapi kelas hanya dibuka untuk mereka yang berumur 10 tahun ke atas. Bayaran cuma RM20 sahaja.


Gambar-gambar di ambil oleh Huzein sebab dia yang hantar Haziq.  



Haziq nampak happy. Dapat kenal kawan baru dan belajar benda baru. Dia memang minat dengan Sains.


Ada lagi beberapa aktiviti cuti sekolah yang saya tengah intai nak bagi anak-anak masuk. Maklumlah cuti sekolah ni memang tak ada perancangan untuk pergi holiday ke mana-mana. Kalau ada yang best nanti saya share di blog.

No comments: